Pengikut

Ahad, 7 November 2010

Apa dah Jadi dengan Aqidah Remaja Kita???



Saya tahu ini cerita sudah basi. tapi mari sama-sama kita
ambil iktibar dalam cerita ini nak? ambil masa sekejap je muhasabah diri,
dan fikir balik kebaikkan dan keburukkan dalam video ni. mesti ada orang
kata, laaa dieorang gurau je. main-main sambil lepak dengan kawan, but it is necessary to do this?



“Apakah dengan Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu beristihza’ (bersenda gurau atau bermain olok-olok)? Tidak usahlah kamu meminta maaf. Sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu beriman”. [Surah at-Taubah: 65-66. Lihat Tafsir Ibnu Kathir 2/351].

Sebenarnya tiada niat lain melainkan untuk dijadikan iktibar kepada semua.

Kita marah bila ada orang bukan Islam hina azan dan solat, tapi kita mahu berdiam diri dan mahu disenyapkan bila orang Islam sendiri, yang jelas bukan mumayyiz, dewasa menghina Islam.

Sekiranya kita memandang dari sudut yang negatif, maka sampai bila-bila kita akan mensenyapkan tingkah laku dan tindak tanduk mereka yang persendakan agama daripada kalangan orang Islam sendiri. Sekiranya kita tidak menegur, bermakna kita redha dengan keadaan ini.

Tayangan ini utk dijadikan teladan kepada kita semua. Ambillah dari sudut yang positif. Adakah kita mampu membendung budaya hedonistik yang makin terserap dengan pengaruh internet dan TV dalam jwa remaja ??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan