SETELAH dihentam oleh beberapa blog, akhirnya YB Gobala menyebut beliau bukan berniat untuk keluar parti apabila mengkritik JPP di dalam pemilihan pimpinan PKR baru-baru ini. "Belum terfikir buat masa ini untuk keluar parti', begitu lebih kurang kata-kata YB Gobala. Buat masa ini? Masa akan datang, belum tahu.Apa pun kata beliau, kita lihat dahulu setakat mana pendiriannya terhadap parti. Sejarah ada bukti orang yang bercakap begitu, akhirnya `lidah menjadi biawak'. YB Zul Kulim dahulu pun pernah sebut tidak akan tinggalkan parti, tetapi beliau terus mencari jalan untuk `dikeluarkan' dari parti. Akhirnya `doa' YB Zul Kulim dimakbulkan. Mungkinkah YB Gobala telah berguru dengan MP Kulim Bandar Baru itu? Jika tidak, bagus lah dan jika benar pun bagus juga.
Oleh: Mandor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan