Pengikut

Khamis, 14 Oktober 2010

Siap Sedia Untuk Hadapi Pilihan Raya Mengejut

Tindakan terbaru kerajaan menunda pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah petanda “utama” bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam kerajaan mengumumkan penundaan perlaksanaan GST yang dilihat usaha kerajaan pimpinan Najib Razak untuk mengumpulkan sokongan dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN yang kalah teruk dalam PRU ke-12 lepas.

“Ada kemungkinan kita akan saksikan pilihan raya umum yang mengejut dan saya jangkakan pembentangan bajet esok adalah bajet pilihan raya,” katanya pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Anwar, yang pernah menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan berkata, rang undang-undang GST itu dirangka dengan lemah dan ia bukan hanya akan membebankan rakyat tetapi juga tidak mampu membantu menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia.




Dari Tv Selangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan