Pengikut

Rabu, 1 September 2010

Zaid tanding jawatan Tertinggi

Datuk Zaid Ibrahim yang sebelum ini menolak tanggapan bahawa akan bertanding jawatan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan kali ini jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan tidak turun gelanggang. Bagaimanapun anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) itu tidak menamakan jawatan yang hendak ditanding.

Kata Zaid beliau membuat keputusan itu selepas terus diasak oleh sesetengah pihak dalam PKR.

“Serangan dan fitnah ini tajam sekali dan agak mengejutkan, lebih lagi kerana saya telah kata saya tidak mahu apa-apa jawatan.

“Tapi mereka tetap mengasak. Jadi, saya telah membuat keputusan baru. Kalau dah kena serang bertubi-tubi, baik saja masuk gelanggang.

“Kata orang, kalau nak kena tempeleng biar berbaloi. Tapi itu pun kalau Tan Sri Khalid tak mahu jawatan tersebut,” kata beliau dalm tulisan terbaru blognya.

Zaid berkata sekiranya Khalid mahu beliau lebih selesa memberi laluan kepadanya kerana ketua kerajaan negeri Selangor itu banyak pengalaman yang boleh membantu parti.

“Tan Sri tak suka hentam dan burukkan orang lain, dia lebih minat berkerja.

“Sebenarnya, itulah pemimpin yang boleh membantu orang Melayu dan parti kita,” kata beliau.

Awal bulan lalu Zaid menolak laporan media bahawa beliau akan bersaing pemilihan jawatan timbalan presiden parti November ini.

Bekas menteri persekutuan ini menegaskan beliau tidak akan bertanding mana-mana jawatan sebaliknya hanya menerima tanggungjawab yang diberikan oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya mahu respons kepada laporan media bahawa saya akan bertanding jawatan timbalan presiden Keadilan pada pemilihan akan datang,” kata Zaid.

Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali sebelum ini pernah mengatakan bahawa tidak akan mempertahankan jawatannya jika pucuk kepimpinan menerima hasrat beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan