Pengikut
Rabu, 1 September 2010
Kali Ni Lim Guan Eng Pulak Buat Hal...
Setelah negara ini gempar dengan peristiwa seorang YB dari DAP memberi tazkirah di 'mimbar' sebuah surau di Kajang, kini negara sekali lagi gempar apabila kelibat seorang Ketua Menteri dari DAP berbuka puasa bersama pemimpin PAS.
Majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh PAS itu telah tercemar dengan kehadiran Lim Guan Eng kerana beliau dikatakan tidak berpuasa pada hari tersebut dan juga diklasifikasikan oleh Menteri Dalam Negeri sebagai 'kotor'.
Umat Islam tidak patut membenarkan mereka yang bukan Islam berbuka puasa bersama-sama kerana ditakuti menimbulkan kemarahan 'mereka-mereka' yang mempertahankan kesucian Islam, memandangkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak berpuasa dan ia menyamai tindakkan YB Teo yang memasuki surau dengan tidak memakai tudung.
Pastinya akhbar media perdana seperti Utusan tidak melepaskan peluang bagi melaporkan betapa semua pemimpin DAP yang mendekati surau, masjid mahupun kepimpinan PAS sebagai tindakkan yang biadap dan menyalahi undang-undang rimba.
Walaubagaimanapun, pengecualian boleh diperkenalkan secara serta-merta sekiranya orang bukan islam yang dimaksudkan itu adalah berpaksikan Barisan Nasional sehingga dibolehkan mengadakan doa selamat, solat hajat dan bacaan yasin bagi memastikan kempen pilihanraya berakhir dengan kemenangan Barisan Nasional itu sendiri.
Kepada YAB Lim Guan Eng dan mana-mana pemimpin DAP, janganlah kamu menyertai mana-mana program keagamaan yang dianjurkan oleh orang-orang muslim kerana menurut Menteri Dalam Negeri, kamu semua adalah 'kotor' pada pandangan Islam. DAP itu lebih anti-islam daripada UMNO walaupun DAP boleh memberi laluan kepada hukum hudud, berbanding UMNO yang 50 tahun menentang peraturan yang ditetapkan Tuhannya.
Sesungguhnya Islam 1Malaysia acuan Barisan Nasional itu sentiasa terserlah kebejatan 'double standard'nya dan sesiapa yang bersekongkol dengan Barisan Nasional itu jauh lebih islam dari orang islam terutama sekali pelakun lucah yang kini seorang presiden kepada parti komponan utama BN.
Oleh edyesdotcom
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan