Pengikut

Selasa, 14 September 2010

UMNO : 1Malaysia atau Perkasa ?

Sememangnya Dr Mahathir "gila politik". Kerjanya dulu dan kini ialah "melawan arus". Itulah kerja Mahathir sejak zaman Tunku Abdul Rahman, Pak Lah dan kini Najib. Uniknya, Mahathir "lawan arus" jika tiada kuasa ditangannya. Jika ada kuasa dia bertindak macam "orang gila" (sila rujuk puisi Disman). Malah ada menggelarnya sebagai "Maha Firaun".

Apabila Mahathir bersama anaknya Mukhriz isytihar berkasih sayang kepada PERKASA, selepas Ketua Pemuda dan Setiausaha Agung BN minta ahli UMNO jauhi PERKASA, ini bermakna UMNO terbelah dua. Satu UMNO 1Malaysia pimpinan Najib. Satu lagi UMNO Perkasa pimpinan Mahathir.

Hebat Mahathir memecah belahkan UMNO dahulu dan kini. Dulu UMNO pecah dua jadi Team A dan Team B. Kini UMNO 1Malaysia dan UMNO Perkasa.

Cantiknya, seolah satu pakatan antara Mahathir dan pegampunya ZAM dalam kerja-kerja pecah belah. Zam berkerja untuk pecahbelahkan PAS dengan Pakatan Rakyat manakala Mahathir berkerja untuk pecahkan UMNO.

Sehati sejiwa. Darahpun tidak 100% Melayu tulin!

SOSILAWATI: Rakyat ikut agama pemimpinnya.

Pembunuhan di Malaysia semakin "canggih" dan menggerunkan. Terkini kes Sosilawati seorang jutawan kosmetik. Cara pembunuhannya lebih kurang Altahtunya. Cumanya tiada C4 sahaja.

Jika gadis Mongolia itu ditembak dahulu sebelum diletupkan, Sosilawati dan 3 yang lainnya diseksa dahulu, dibunuh dan dibakar. Abunya dibuang ke sungai. Barangkali pembunuhnya mengikut "contoh" ilmu pembunuh Altahtunya untuk membunuh Sosilawati.

Jika buruk kepala ikan, buruknya akan merebak hingga ke ekornya. Rakyat mengikut amalan perangai pemimpinnya. Rakyat mengikut agama pemimpinnya.

Takziah buat keluarga Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamarudin.



Oleh Tok Pepijat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan