Pengikut

Selasa, 28 September 2010

Permohonan cabar Auku ditolak

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencabar Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) berhubung hak berpolitik.

Kesemua pelajar jurusan Sains Politik tersebut adalah Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Wong King Chai.Hakim Datuk Aziah Ali membuat keputusan tersebut dalam kamar.

Ekoran keputusan itu juga, keempat-empat mereka akan membuat permohonan injunksi bagi menghalang UKM meneruskan prosiding tatatertib ke atas mereka.

Hakim membenarkan peguam yang mewakili mereka terhadap injuksi bagi menangguhkan keputusan itu untuk mengemukakan rayuan.

Hakim bagaimanapun menetapkan tarikh 7 Oktober ini untuk keempat-empat mereka membuat demikian.

Mereka sebelum ini ditahan polis pada 22 April lalu di pekan Rasa dan Ampang Pecah berhubung tuduhan menyokong parti politik semasa pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Mereka kemudian didakwa di mahkamah UKM kerana melakukan kesalahan menyalahi undang-undang Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku).

Bagaimanapun, mereka menafikan tuduhan itu dan mendakwa berada di Hulu Selangor bagi tujuan kajian penyelidikan akademik.

Sementara itu, lebih 50 mahasiswa berkumpul di perkarangan mahkamah bagi memberi sokongan moral kepada mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan