Pengikut

Isnin, 27 September 2010

Dr M Pemimpin Rasis - Nizar

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin melabel Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin rasis apabila membuat kenyataan kononnya kaum Melayu bakal menjadi minoriti jika Pakatan Rakyat, berkuasa, sedangkan kata-kata sedemikian tidak lebih dari propaganda politik semata-mata.

Beliau kesal kerana bekas Perdana Menteri itu mudah membuat tuduhan terhadap pemimpin pembangkang termasuk Pas, kononnya tunduk kepada telunjuk DAP tetapi tidak pernah membentangkan bukti.

"Dr Mahathir atas sentimen ketuanan dia itu menyatakan orang Cina berfikiran mahu mengurangkan kuasa orang Melayu", katanya yang menganggap kenyataan berkenaan sebgai cubaan memecah belah perpaduan parti gabungan Pakatan Rakyat.

“Saya hantar mesej kepada Tun Dr Mahathir. Beritahu saya, apa benda yang DAP suruh saya buat dan saya buat, sampai sekarang tidak ada jawapan", kata Nizar pada satu ceramah di ibu pejabat Pas Perak di sini, malam tadi.

Sebelum ini, Dr Mahathir pada temu bual dengan Umno Online berkata, orang Melayu akan kehilangan kuasa jika Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negara tetapi tidak pula mengemukakan fakta bernas.

Beliau yang pernah dilabel pemimpin ultra-Melayu sebelum menjadi Perdana Menteri, juga pernah mengatakan, orang Melayu akan menjadi kaum minoriti dari segi politik jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Nizar(gambar kanan)sebaliknya percaya pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) semakin hilang kekuasaan dan tinggal nyawa-nyawa ikan berikutan masalah dalaman yang semakin meruncing dan sering membangkitkan sentimen perkauman sekali gus mengabai hak kaum minority.

"Mereka cemburu (kerana Melayu sokong PAS dan Pakatan Rakyat), mereka hendak pastikan sokongan kepada PAS, DAP dan Keadilan di kalangan rakyat Malaysia dikurangkan", katanya.

Bagaimanapun, beliau percaya rakyat Perak tidak mudah diperolok-olok dengan permainan politik Umno
"Hari ini mereka dapat pukulan balik kerana orang tahu perkara ini tidak betul, maka Umno sahaja yang sengaja menjadikan isu.

Sementara itu, Ketua Cabang Gopeng, Lee Boon Chye berkata, Pakatan Rakyat akan sentiasa bersatu padu dalam mengukuhkan kedudukan parti walaupun sentiasa diuji dengan tohmahan berbaur sentiment perkauman.

"Apabila kita dicabar oleh Umno BN dengan sentimen perkauman, jawapan kita adalah kita mesti bersatu-padu. Kita kena tunjukkan rakyat mesti bersatu-padu walaupun kita diancam oleh sentimen perkauman.

"Apabila rakyat dizalimi, kita akan bangkit menegakkan keadilan. Apabila mereka rasuah, kita mesti bangkit menentang mereka habis-habisan",katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan