DAP mendakwa tindakan Umno yang kononnya berbalah dan memisahkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) adalah hanya sekadar gimik politik BN yang bertujuan memancing undi.
Penolong bendahari DAP pusat, Nga Kor Ming dalam kenyataan akhbarnya berkata Umno terlalu taksub dengan PERKASA sehingga membolehkan parti itu memecahkan ikatan hubungan mereka itu.
Nga berhujah ahli PERKASA yang sebahagian besarnya adalah ahli Umno dan penasihat umum NGO Melayu itu yang disandang oleh bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohammad menguatkan lagi dakwaannya.
Tambahnya lagi, PERKASA juga mendapat sokongan dari akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.
“Dengan hubungan yang intim ini, adalah sukar untuk mempercayai bahawa Umno sekarang ini bercadang memutuskan hubungan mereka dengan PERKASA,” katanya.
“Saya percaya ini satu lagi gimik pilihan raya BN untuk memerangkap orang bukan Melayu...dan strategi untuk menarik sokongan kumpulan konservatif kanan Melayu yang selama ini dipinggirkan oleh golongan sederhana dan patriotik Melayu yang memegang kuasa,” kata Nga (gambar kanan)yang juga ahli parlimen Taiping.
Awal minggu ini, BN berkata ia akan menjauhkan dirinya daripada PERKASA kerana ia boleh menjejaskan usaha untuk memenangi semula sokongan bukan Melayu.
Setiausaha agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor yang bercakap bagi pihak parti itu berkata, parti Melayu itu tidak akan mengaitkan dirinya dengan PERKASA selepas menerima tekanan daripada parti-parti komponen BN, yang bimbang dengan pendirian pertubuhan itu yang didakwa bersifat rasis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan