Pengikut

Ahad, 4 Julai 2010

UMNO macam beruk kena BUDU

Pepatah lama mengatakan macam beruk kena belacan tetapi tidak sesuai untuk menggambarkan perlakuan pemimpin pemimpin dan orang orang sejenis mereka.Ini adalah kerana apabila kera kena belacan, ia akan melompat terkinja kinja kepanasan sambil menanggung kesakitan sedangkan apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO seperti Muhyidin, Zahid, Hisyamudin dan orang orang sejenis mereka seperti Zul Nordin tidak menggambarkan kesakitan.Aku ada terfikir bahawa sekiranya kera kena budu, tindakbalasnya berbeza dengan belacan kerana budu itu mengasyikkan dan sedap, jadi kera yang kena budu akan menari nari sambil terus menjilat tanganya untuk menghayati kesedapan budu dan apabila aroma budu hilang dari tangannya, pasti kera itu akan mengamuk mencari budu sehingga sanggup memecahkan botol budu.

Suasananya berbeza dengan kera yang terkena belacan dan suasana ini lebih sesuai untuk dibuat perbandingan dengan pemimpin UMNO dan orang orang sejenis mereka.Pantang dapat budu,menarilah mereka terkinja kinja kegembiraan.

Sudah banyak kali budu dihulurkan kepada kera kera ini dan sudah banyak kali juga mereka menari tak sedarkan diri.Kali ini dua kali budu dilemparkan kepada mereka dan dua kali juga lah mereka menari kegembiraan.

Kali pertama ketika isu MB Selangor yang dikatakan akan dijatuhkan oleh komplot ahli 15 orang ahli parlimen PRK yang tidak suka dengan MB.Budu ini sungguh enak sehingga menarilah pemimpin UMNO dan orang orang yang sejenis mereka dengan rancak sekali sehingga ramai juga tertanya tanya betul ker MB akan disingkirkan?Tetapi apabila aroma budu sudah hilang dan budu dijauhkan dari mereka mulalah mereka meraban macam orang ketagih dadah dan melopong kebingungan apabila YB AZMIN di lantik mengetuai PKR Selangor sementara MB kekal tanpa sebarang perubahan.

Budu ditaburkan lagi kepada mereka dengan artikal yang ditulis di Washington Post sempena lawatan DSAI ke Washington.Maka menari lagilah mereka sambil menyanyikan lagu DSAI sebagai pengkianat negara, bersahabat dengan yahudi, lidah bercabang dan politik dua alam.DSAI dilanyak dengan artikal ini tetapi ketika akhbar Perancis menyiarkan artikal mengenai pembabitan Najib dalam pembunuhan Altantuya,mereka diam membisu sambil menyifatkan lapuran itu palsu sedangkan lapuran Washington Post ditelan bulat bulat sebagai benar dengan membuat sedikit modifikasi kepada maksud asal artikal.Budu dari Washington Post lebih enak dari budu budu yang lain agaknya, kerana ianya melibatkan DSAI yang selama ini mahu dilenyapkan dari peta politik tanah air.

Kera kera ini pantang melihat budu walaupun mereka takut dengan belacan.Dengan UMNO, sudah banyak peri bahasa terpaksa di ubah atau direka semula termasuk oleh sasterawan negara yang mencipta satu peribahasa baru, dua lidah dan satu telinga.


-Dari TKO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan