
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan itu jelas menjerat BN sendiri kerana mempercayai laporan yang dibuat oleh penulis Yahudi.
“Tindakan itu sekali gus melihatkan BN berjaya di tipu oleh Yahudi sendiri, hanya untuk mencari jalan bagi memburuk dan menjatuhkan reputasi Anwar,” katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, sebelum ini Anwar telah menyatakan dengan jelas bahawa apa yang diperkatakan telah disalah tafsir.
Anwar menyifatkan ia sebagai tradisi untuk memburunya biarpun telah menjelaskan bahawa beliau menentang keganasan zionis yang bermaksud keganasan dan penguasaan Yahudi.
The Washington Post :bertarikh 28 Jun lalu melaporkan Anwar telah meluahkan rasa kesal dengan penggunaan perkataan pencerobohan Yahudi dan beliau akan ‘lebih berhati-hati’ pada masa hadapan.
Dalam artikel Jackson Diehl bertajuk :Flirting with zealotory in Malaysia:, telah menyebut bahawa Anwar menghabiskan banyak masa memberi penjelasan kepada teman lama, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Negara, Horward Berman dan beberapa pemimpin Yahudi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan