Pengikut

Isnin, 21 Jun 2010

Adu Domba Umno Melaga-lagakan Islam dan Bukan Islam

Kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) kononnya akan ada serangan kumpulan pengganas ke atas rumah kuil Batu Caves dan kuil Kuan Yin Air Itam adalah sangat dikesali.

Kenyataan tersebut menunjukan satu pakatan politik jahat antara Umno / Barisan Nasional (BN) dan Polis untuk menimbulkan ketakutan dan kemarahan masyarakat bukan Islam terhadap Islam dan kumpulan kumpulan Islam.

(Gambar - tiada pengganas di Batu Caves! tetapi 'Najib' pernah mengganggu
ketenteraman awam di Batu Caves tidak lama dulu
)

Naib Presiden PAS. Dato’ Haji Mahfuz Omar berkata, ia sekaligus secara halus untuk menjauhkan masyarakat bukan Islam dari PAS, Parti Politik Islam yang kini mendapat tempat dikalangan masyarakat bukan Islam.

Inilah kebimbangan yang menghantui Umno bila PAS secara terbuka menyatakan pada rakyat tentang gerakan persediaan PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya.

Umno mengharap bantuan Tan Sri Musa Hassan serta Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi melindungi kepentingan kuasa politik mereka daripada gerakkan PAS untuk ke Putrajaya bersama PR bagi membawa perubahan kearah Malaysia baru yang lebih maju,”tegasnya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Menurutnya, mensensasikan isu serangan pengganas merupakan antara talian hayat terakhir Umno.

Mahfuz mendakwa, ekoran kenyataan Tan Sri Musa, sudah pasti akan disusuli dengan penahanan dibawah ISA keatas individu yang dituduh terlibat dengan keganasan.

Tindakkan ini sama seperti isu provokasi kalimah Allah bilamana Umno cuba menampil diri sebagai juara mempertahan Islam dalam usaha terdesak untuk mendapatkan kembali sokongan orang Melayu Islam pada Umno,”jelasnya.

Katanya, isu ‘kalimah Allah’ tersebut berakhir dengan pembakaran gereja dan surau untuk menimbulkan ketegangan dan menakutkan rakyat.

Tambahnya, semua itu berlaku hasil dari provokasi jahat Umno, tetapi ternyata rakyat mengambil tindakan bijaksana dalam isu kalimah Allah dengan menolak provokasi jahat Umno.

Kini sekali lagi Umno / BN cuba membawa pendekatan lapuk yang dirangka oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) puluhan tahun lalu untuk menakutkan rakyat dengan isu-isu keselamatan dan pembanggunan (KESBAN),”ujarnya

Sehubungan itu, beliau yang juga Ali Parlimen Pokok Sena berkata, Umno ternyata masih tidak berubah dalam usaha ‘terakhirnya’ mempertahankan kuasa, sedang pemikiran rakyat sudah berganjak jauh meninggalkan Umno.

Rakyat meminta integriti, demokrasi dan reformasi dalam urustadbir negara. Tetapi Umno / BN membawa pendekatan autokrasi dan kuku besi,”selarnya.

Justeru, katanya, rakyat perlu menghentikan perbuatan ‘adu domba’ Umno, melaga-lagakan rakyat pelbagai kaum dan agama dinegara ini.

Rakyat mesti menunjuk jalan keluar kepada Umno untuk meninggalkan politik negara, supaya Pakatan Rakyat dapat melaksanakan pembaharuan kepada urus tadbir negara ini yang lebih telus, berintegriti dan berakauntabiliti serta memacu kehidupan rakyat yang lebih sejahteraserta,”jelas Mahfuz.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan