Pengikut

Isnin, 10 Mei 2010

Saiful tak faham Islam kerana tak mandi junub -Karpal

Karpal bertanya Saiful sama ada dia seorang muslim yang baik. Saiful menjawab iya.

Karpal berkata Saiful tidak memahami ajaran Islam kerana dia tidak mandi junub selepas melakukan hubungan seks.

Saiful mengakui dia tidak berbuat demikian selepas melakukan hubungan seks dengan Anwar kerana dia dalam keadaan darurat pada masa itu

Saiful berkata dia mandi sebelum pergi mengerjakan solat Jumaat
.” - petikan soaljawab Karpal kepada Saiful 10/5/10….

Pandai pula si Karpal pekena Saiful pasal mandi junub nie. Mujur Saiful tak tanya dia balik “Hang mandi Junub ke tak?”. Tapi memang memalukan bila orang bukan Islam pertikaikan sekuat mana pegangan agama anda. Soal wajar atau tidak itu nombor dua, tapi yang paling penting kita sendiri sebagai umat Islam patut lebih bersedia dan membiasakan diri dengan amalan Islam.

Masa belajar dulu, pernah terdengar sahabat-sahabat Islam ditegur oleh kawan-kawan non-muslim bila time solat masuk. “kamu tak solat ker?”-tanya budak-budak non-muslim tu.

relaks ler, kami darurat”-jawab mereka. Ntah apa daruratnya, macam Saiful kot.

Kalau saya kena tegur macam tu…malu woi! mana nak letak muka. Orang agama lain pun sensitif terhadap amalan agama kita, tapi kita pula boleh buat relaks dan buat muka selamba.


Herman Samsudeen
Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan