Pengikut

Selasa, 18 Mei 2010

Najib / BN Makin Pening Dengan DHPP

Kelab Penyokong Pas (KPP) menjadi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) sebagai sayap baru parti. Ini akan membolehkan lebih ramai calon bukan Islam berpeluang untuk bertanding dalam pilihan raya atas lambang Pas.

Langkah yang dibuat Pas merupakan yang yang baik kerana ramai yang bukan Islam menjadi penyokong Pas. Langkah perpaduan yang lebih unik dan lebih menarik berbanding dengan slogan 1Malaysia yang hanya memerangkap telinga. Juga memberi peluang untuk masyarakat bukan Islam mendekatkan diri kepda Islam dan Pas sendiri. Pas akan memperluaskan peluang tersebut untuk mereka yang cintakan Pas. Sudah tentu ini akan memeningkan kepala Najib, Umno dan BN sendiri.

Pas juga telah memberi peluang kepada bekasan Umno untuk menggunakan lambang Pas tetapi tidak dihargai dan selalunya menikam belakang orang yang pernah menghargainya. Selalunya lebih teruk dari musuh Pas sendiri.

Selepas ini bolehlah Umno meniru gaya Pas, sebab Umno tak silu-silu dengan budaya meniru dan bolehlah mereka menggunakan lambang keris kesayangan Umno tersebut sebagai lambang calon pilihanraya. Namun Umno, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, boleh dan hendakkah mereka menggunakan lambang keris bersilang itu.

Semoga dengan langkah perpaduan ini dapat mendekatkan dan merapatkan mereka dengan Pas. Janganlah pula menikam belakang juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan