Pengikut

Khamis, 22 April 2010

Penerbit letak jawatan, dedah ntv7 menerima aduan Rosmah

Penerbit Buletin dan Isu Semasa ntv7, Joshua Wong meletak jawatan sebagai protes kerana ntv7 tunduk kepada aduan Jabatan Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Joshua Wong yang bertanggungjawab dalam rancangan forum Editor's Time (Mandarin), merasakan autonomi editorial tercabul apabila menerima arahan "Tiga Jangan".

Arahan "Tiga Jangan" ini termasuklah, jangan membincangkan isu politik, jangan mengundang panelis dari pembangkang dan jangan membincangkan isu PRK Hulu Selangor.

Rancangan Editor's Time yang hanya dimulakan baru-baru ini terpaksa ditarik dan menggugurkan isu politik, lantaran daripada tekanan politik yang dihadapi. Penerbitnya, Joshua Wong mengambil keputusan meletak jawatan pada 20 April, untuk mempertahankan prinsip kebebasan media.

Joshua Wong, juga seorang pensyarah (part-time) di Kolej New Era, memanggil satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor untuk membuat pendedahan tersebut pada pagi ini. Turut hadir untuk memberi sokongan termasuklah ibu bapanya, kolumnis, dan penuntut dari Kolej New Era.

Rancangan forum Editor's Time ini dimulakan sejak 18 Mac 2010, dari jam 11 malam hingga 12 tengah malam. Rancangan ini cuba menarik perhatian ramai apabila episod pertamanya dirakamkan di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, berjudul "Pertarungan KPI - BN vs PR: Siapa lebih hebat?" Untuk Brita Penuh Klip Disini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan