Pengikut

Selasa, 2 Mac 2010

Mereka Yang Gugur .......

Walaupun berita keluarnya dua orang Ahli Parlimen (MP) PKR menjadi BEBAS mungkin suaru yang mengecewakan rakyat dan pengundi, namun ia merupakan satu proses tapisan. Kita harus bersyukur dengan berlakunya proses ini.

Dr Fathi Yakan telah menulis "Al-mutassaqqitun ala thoriqid dakwah" dengan panjang lebar mengenai mereka yang gugur dari medan perjuangan. Beliau menegaskan bahawa mereka yang gugur ini disebabkan beberapa faktor:-


1. TIADA PENDIRIAN YANG TEGOH DAN KUKUH

2. TAKUT BERLAKU SESUATU KE ATAS DIRI DAN PENDAPATAN (REZEKI)

3. MELAMPAU (EKSTRiM)

4. BERMUDAH-MUDAH DAN LONGGAR

5. TERTIPU DENGAN KEDUDUKAN DAN BERSIKAP MENONJOL DIRI

6. CEMBURUKAN ORANG LAIN

BEGITU SIFAT MEREKA YANG GUGUR DAN DIGUGURKAN MELALUI SATU PROSES PEMBERSIHAN TABII DALAM SATU-SATU PERJUANGAN.


Kalau kita renungi kesemua mereka yang gugur ini tidak lepas dari 6 perkara yang telah dibahaskan oleh Dr Fathi Yakan, seorang ulama' dan ahli akademik tersohor di abad ini. Apa lagi yang merka mahukan (MP2 ini??), Kedudukan? Pangkat? Harta? atau mereka tertekan dengan 'past history' mereka sendiri (hutang piutang, wanita dsbnya??). Adakah mereka ini mempunyai liability kehidupan yang amat besar, kereta mewah, rumah besar, isteri-isteri yang berantaian dsbnya? atau kehidupan penuh dibebankan dengan hutang.

Daripada pengamatan jelas bahawa mereka yang bermasalah ini tidak punya satu pendirian yang teguh terhadap perjuangan kebenaran dan keadilan. Mereka tidak memaksikan perjuangan mereka kepada misi dan visi reformasi dan keadilan. Perjuangan mereka hanya periuk dan isu kantung poket mereka sendiri. Mereka mungkin takut sesuatu berlaku pada diri sendiri (kerana tanggungan hutang-piutang, bank dsbnya) yang sedang menghantui mereka. Jika mereka tidak berkompromi maka mungkin mereka akan dikejar atau sedang diugut dgn liability yang berkemungkinan bertimbun-timbun.

Mungkin juga mereka tertipu dengan kedudukan dan ingin menonjol diri ataupun cemburukan orang lain. Lihatlah apa yang terjadi dengan dua ADUN Perak yang menderhakai perjuangan rakyat, adakah mereka mendapat sebarang kedudukan? Malahan kes mereka dilakukan secara 'gerakan dengan kelajuan tersendiri' semata untuk memastikan mereka gusar dan tidak menentu keadaan sebagai calon bebas, dengan kata lain mereka menghadapi satu UGUTAN!

Kita juga melihat bahawa, yang melompat dan menimbulkan masalah adalah calon2 PKR. Mengapa? Jawapannya amat mudah, mereka adalah dikalangan yang dipilih secara tangkap muat dan serkap jarang. Mereka tidak punya integriti dan bukan berjuang atas asas yang kukuh dan teguh sebagaimana yang disebutkan oleh Dr Fathi Yakan. Kebnyakan calon2 PKR merupakan juga bekas ahli2 UMNO yang berkemungkinan kecewa dengan UMNO kerana projek dan kedudukan. Maka mereka cuba meraih simpati sementara dari PKR. Inilah kesilapan BESAR PKR dan negotiator penetapan kerusi dan calon pilihantaraya Sdra Azmin Ali yang tamak dalam menetapkan jumlah kerusi PKR sedangkan mereka tidak punyai ramai orang yang benar2 berkemampuan dan berkelayakan untuk memimpin rakyat. Akhirnaya rakyat akan dikecewakan sebagaiman yang berlaku di Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang! Saya berharap supaya PKR lebih berhati-hati dan profesional dalam menghadapi PRU13 nanti, jauhi sifat tamak dan haloba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan