Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas idea bahawa umat Islam di Malaysia berhadapan dengan ancaman daripada masyarakat Kristian sebagai sesuatu yang mengarut sambil mendakwa Umno menimbulkan perkauman.
“Dalam isu Allah, idea bahawa umat Islam menghadapi ancaman daripada penganut Kristian adalah mengarut,” kata beliau pada sidang media selepas berucap di London School of Economics di sini semalam.
“Mereka bermain dengan api,” kata beliau sambil menambah, tanggapan bahawa konsep 1 Malaysia dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berasaskan satu Malaysia yang bersatu sebenarnya tidak konsisten dengan apa yang berlaku di peringkat akar umbi.
“Malaysia bukan negara Islam atau... sebenarnya, saya (juga) tidak pasti sekarang,” kata beliau secara berseloroh.
“Tetapi ia juga bukan sekular kerana tiada pemisahan total agama dan kerajaan,” katanya.
Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat menjelaskan negara-negara seperti Amerika Syarikat dilihat sebagai sekular sebab dibangunkan berdasarkan prinsip agama.
Terdahulu dalam ucapannya, Anwar menuduh Umno tidak berminat sama sekali dalam nilai-nilai Islam.
“Apa yang dilakukan oleh Umno tidak berkaitan dengan isu-isu Islam sama sekali.
“Jika anda menemui seorang Muslim yang komited, anda boleh berhujah dengannya tetapi Umno, mereka tidak mahu memahami apa itu Islam,” ujar Anwar lagi.
Sambil menyifatkannya sebagai politik kesesuaian, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, adalah sesuatu yang menyedihkan masyarakat Cina dianiayai.
“Perlu ada kebebasan bukan sahaja kepada bekas perdana menteri,” kata beliau yang merujuk kepada tuduhan liwat dihadapinya yang diketepikan pada 2004, “tetapi juga kepada semua rakyat Malaysia.”
Anwar memberitahu isu asas adalah tadbir urus yang baik dan menambah, kekuatan Islam di Asia Tenggara adalah atas sifatnya kerana inklusiviti dan kesederhanaan yang turut mengambil kira kepentingan agama-agama lain.
Beliau berhujah apabila Mahkamah Syariah bertindak ke atas seseorang bukan Islam ia mengatasi hak fundamental yang diperuntukkan perlembagaan.
Anwar memberitahu, tindakan seumpama itu menunjukkan hak asasi bukan Islam diketepikan ataupun menggunakan tafsiran lunas syariah untuk dikenakan ke atas bukan Islam.
“Kita perlu mendidik pemimpin-pemimpin Umno,” kata bekas timbalan presidennya yang mencetuskan ketawa di kalangan 400 orang yang untuk mendengar ucapannya.
Oleh Shannon Teoh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan