Pengikut

Isnin, 1 Februari 2010

'We Care' bukti PAS komited bantu masyarakat

Lajnah Kebajikan PAS (LKP) Pusat dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat, Dewan Pemuda PAS Pusat telah melancarkan satu program yang dinamakan 'We Care' bagi mendekati dan menyelami masalah masyarakat khususnya golongan kurang berkemampuan.

Program tersebut dilancarkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub semalam sempena Himpunan 10 ribu Pemuda PAS Perak (HEMPAP) di sini.

(Gambar: Salahudin dipakaikan baju oren bercetak 'we care' sebagai gimik pelancaran)

Mohd Nasir Zakaria yang mewakili Dr. Lo' Lo' Ghazali sebagai pengerusi LKP ketika ditemui memberitahu antara usaha yang akan dibuat termasuklah turun ke lapangan masyarakat mencari golongan dan kumpulan yang memerlukan.

" Kita akan turun ke 'grassroot' mendekati mereka yang dizalimi, orang kurang upaya, ibu tunggal, golongan miskin dan sebagainya.

" Kita akan menjadi jambatan menyalurkan permasalahan mereka kepada agensi yang bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah mereka," katanya.

Selain itu, LKP juga akan berusaha mencari dana bagi disalurkan kepada golongan-golongan ini.

Program 'we care' ini adalah inisiatif Dr. Lo' Lo' sendiri bagi memastikan PAS terus memberi sumbangan kepada masyarakat sesuai dengan prinsip berkebajikan yang diperjuangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan