Kisah Satu: Rakyat wajib mengambil iktibar daripada kejadian yang menimpa kepada Encik Ramlan Ahmad Salleh, 87 tahun, di Kampung Paya 3, Kuantan Pahang.
Kepada yang masih mempunyai ibu bapa, insaflah dan semoga kalian tidak pelakukan seperti yang dilakukan olih anak-anak Ramlan ini.
Kepada rakyat Pahang seluruhnya kalian bolih berbangga kerana Pahang masih di bawah pemerintah Kerajaan Barisan Nasional yang hebat dengan perjuangan "Juara Rakyat"nya. Maka itu Ramlan Ahmad Salleh menyuarakan: Beliau berkata kehidupan mereka di rumah juga mengalami kesukaran apabila ketiadaan bekalan air sejak berpindah ke kawasan itu kira-kira lapan tahun lalu.
'Sudah beberapa kali saya memohon namun sehingga kini kami masih tidak mempunyai bekalan air paip... yang ada hanyalah dihantar menggunakan lori sebulan sekali,' ujarnya
Kisah Dua: Rakyat Selangor amat rugi dan akan menyesal kerana berkerajaankan Kerajaan Pakatan Rakyat, itulah yang berulangkali dijerit-laungkan oleh Khir Toyo dan pencacai Umno/BN.
Nasib baik saudara Kamarul Hisham Abdullah tidak tergoda dengan laungan anak Wak Toyo.
Semalam, kerajaan Selangor mengumpulkan kira-kira 400 anak negeri yang layak menerima bantuan kewangan, antaranya kanak-kanak baru lahir, warga tua dan penuntut universiti.
Rata-raya penerima sumbangan daripada program-program MES menunjukkan perasaan gembira mereka terhadap skim-skim bantuan yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Rakyat selepas mengambil alih kerajaan dua tahun lalu.
Seorang pemandu, Kamarul Hisham Abdullah yang mengambil bantuan bagi pihak bapanya yang sudah uzur berkata bantuan tersebut amat membantu, terutamanya bagi keluarga berpendapatan rendah sepertinya.
“Bapa saya sebelum ini terima RM1,000, malam ini dapat RM1,500, alhamdulillah, apa yang kami terima ini saya rasa cukup dan memadai untuk keperluan-keperluan kami. Sebelum ini saya pun tidak tahu ada program apa untuk membantunya,”katanya.
Program kebajikan yang menjadi teras kepada MES ialah Tabung Anak Warisan Selangor, Skim Mesra Usia Emas, Hadiah Anak Masuk Universiti dan Tabung Kebajikan Anak-anak Pekerja Ladang.
Menurut kenyataan daripada pejabat penasihat ekonomi Selangor, sejak dilancarkan pada Jun 2008, sebanyak RM49 juta telah dibelanjakan bagi tujuan kebajikan di negeri itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan