Hanya Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim layak menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang, kata Lim Guan Eng.
Setiausaha Agung DAP itu berkata, DAP dan parti komponen PR lain sebulat suara memilih Anwar sebagai calon Perdana Menteri sekiranya PR memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang kerana yakin dengan keupayaan pemimpin berpengaruh itu mengemudi pentadbiran negara.
Menurutnya, beliau terkejut mendengar cadangan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Abdul Aziz Bari memilihnya sebagai antara calon Perdana Menteri bukan Islam, bagaimanapun menjelaskan enggan dikaitkan dengan jawatan itu kerana beranggapan cabaran dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sudah lebih dari mencukupi.
“Saya tidak mahu dikaitkan dengan jawatan PM, cukuplah cabaran hebat yang saya hadapi sewaktu menjalankan amanah sebagai Ketua Menteri dalam tempoh dua tahun ini.
“Azam saya selama ini hanyalah untuk membangunkan Pulau Pinang menjadi negeri bertaraf antarabangsa dan paling baik ditadbir di negara ini.
“Oleh itu, sekali lagi saya tekankan, hanya ada satu calon untuk jawatan PM iaitu Datuk Seri Anwar,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam. :
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tulisan Abdul Aziz yang juga kolumnis :Sinar Harian:menerusi ruangan ‘Perspektif’ kelmarin, yang mencadangkan jawatan Perdana Menteri lebih baik dipilih dalam kalangan bukan Melayu dan bukan Islam.
Abdul Aziz dalam tulisannya juga beranggapan Guan Eng mempunyai harapan untuk menjadi calon PM untuk negara ini dan menyifatkan kepimpinan pemimpin DAP itu di Pulau Pinang menampakkan pencapaian agak baik.
“Pada saya mempunyai PM bukan Melayu dan bukan Islam mungkin lebih baik dari mempunyai PM Melayu yang secara rasminya beragama Islam....Setakat ini Lim Guan Eng menampakkan pencapaian agak baik di Pulau Pinang.
“Kedudukan Islam dan Melayu tidaklah teruk sangat......Kalau pencapaian itu dapat dipertingkatkan, Guan Eng mungkin mempunyai harapan untuk jadi PM Malaysia!” katanya yang dipetik dalam ruangan kolum beliau. kelmarin.
Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dato Keramat, Jagdeep Singh.
Sementara itu, pada sidan:g media sama, Kon Yeow turut mengumumkan pelantikan bekas Timbalan Pengarah Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ir Ang Aing Thye sebagai :Setiausaha Perbandaran MPPP yang baru berkuat kuasa 1 Mac 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan