Bekas Timbalan Menteri Persekutuan, Datuk Kalakau Untol (foto) hari ini mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dan keanggotaan beliau dalam Barisan Nasional (BN). Beliau mengumumkan pelepasan jawatan sebagai Pengerusi Superpanel (Sabah) Sdn. Bhd., sebuah subsidiari milik penuh Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB), serta sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco), di dalam satu sidang akhbar di sini.
Kalakau, 55, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Buruh pada tahun 1986 hingga 1990 dan merupakan Ketua Pemuda Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) negeri selama 12 tahun sejak 1985. Dengan perletakan jawatan dan keanggotaan dalam BN tersebut, beliau juga mengumumkan keputusan untuk melibatkan diri dan menyokong dasar-dasar kumpulan pembangkang Pakatan Rakyat, seterusnya membantu mereka menyebarkan penjelasan ke seluruh negeri dalam usaha merakyatkan dasar Pakatan Rakyat untuk mendepani Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.
p/s: Nampaknya, inilah tamparan paling besar dan hebat buat puak-puak UMNO BN sebenarnya. Dalam mereka sibuk membicarakan soal Zahrain Hashim serta beberapa lagi pemimpin PKR yang melompat parti, tiba-tiba pula pemimpin popular BN di Sabah ini menyertai Pakatan Rakyat.
Inilah dunia namanya, dan mereka harus ingat bahawa Sabah dan Sarawak adalah talian hayat terakhir untuk Barisan Nasional bernafas dalam pilihanraya umum akan datang. Dengan kemasukan pemimpin terbabit, maka sudah pasti harapan besar untuk Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara pasti akan lebih mudah lagi.
Nampaknya, sudah pasti pemimpin UMNO BN bagai cacing kepanasan dengan perkembangan terbaru ini. Barulah mereka sedar bahawa mendung tidak bererti hujan dan jangan terlalu mendabik dada dalam politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan