Kita mesti bangkit untuk menghancur- kannya. Ya! Rakyat perlu bangkit untuk menghancurkan pertualang dan pengkhianat rakyat dan negara. Siapakah pertualang dan pengkhianat itu? Hanya satu jawabannya = UMNO/BN. Jangan ditanya apakah sumbangan rakyat kepada 'Wakil Rakyat' tetapi rakyat mesti bertanya apakah sumbangan bakti 'Wakil Rakyat' kepada rakyat.
Rakyat telah lelah mengangkat mereka menjadi wakil rakyat dan mereka memang berkeinginan untuk menjadi wakil dengan sejuta satu sumpah dan janji. Sekarang takta dan kuasa telah diberi, rakyat menanti, menunggu dan mengharap apakah janji tertunai? Apakah sumpah terlaksana?
Semalam di Lake Club, Kuala Lumpur, sekitar 20 blogger telah bersama DSAI. Bicara dalam santai. Mengasak dan mendesak dalam kelembutan. Indahnya berdiskusi berlantaikan hemah dan bersendikan budi.
Antara yang hadir termasuk Saudara Haris Ibrahim, Zorro, Isa aka IkutSukaAku, Matsamankati aka Perak Express, Prof Abdul Wahab Arbain, Art Harun, Din Merican, Eddieputra dan beberapa yang lain.
Saya tidak ingin mengulas secara terperinci apa yang dibicarakan tetapi cukup sekadar saya menyatakan bahawa keperihatinan DSAI terhadap sumbangan para blogger amat dihargai.
Saya memohon maaf kepada Saudara Anwar Ibrahim, Saudara Eekmal, YB Tian Chua dan rakan-rakan blogger yang hadir kiranya bicara saya dalam tempoh pertemuan hampir 3 jam itu ada yang agak keras atau terkasar.
Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, percayalah segala pandangan dan kritikan yang telah saya lontarkan terus kepada saudara adalah semata-mata kerana keyakinan saya bahawa banyak perkara yang saudara boleh lakukan tetapi saudara masih terlalu menyimpan sentuhan itu.
Cukup Anwar, cukup!! Cukup segala kelembutan dan 'terlalu memberi muka' kepada anai-anai parti dan musuh negara. Anai-anai parti wajib kita bongkarkan bongkahnya dan penyek-humbankan sarangnya. Musuh negara wajib kita selongkar umbinya dan bersama rakyat kita hancurkan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan