Apa lagi yang ada pada orang Umno Bagan Pinang. Tanah di darat habih dah diparaid dikalangan pemimpin Umno. Walaupun tanah tu asainya tanah rizap melayu tapi akhirnya terlepas ke tangan yang lain. Tak cukup tanah di darat, tanah pantai pun dah habih depa paraid, walaupun asalnya tanah rizab melayu akhirnya jadi milik hotel dan tempat peranginan. Habih depa bubuh pagar, orang asal Bagan Pinang pun tak tak boleh tumpang main pasir kecuali kat kawasan kecik yang tinggai.
Tak cukup tanah kerajaan, tanah orang kampung pun dirampas untuk modai rasuah. Bayaran langsung tak padan dengan nilai semasa, dah la macam tu, depa dilayan macam kucing kurap walaupun depa tuan tanah sebenar.
Semua tu hasil pembangunan PALSU yang Umno melalui IKON KEPALSUAN mainan Isa Samad. Tanah dibagi sebagai rasuah untuk sokongan kat dia. Dia tak peduli projek tu siap ka dak, yang penting komisyen masuk untuk modai rasuah.
Yang tinggai masa ni untuk penyokong Umno Bagan Pinang cuma MARUAH. Maruah tu pun masa PRK ni cuba Umno beli. Harga MARUAH tu bergantung takat nama yang depa letak. Kalau takat standard biasa ahli umno bawah-bawah ni, ada yang sanggup juai MARUAH dengan harga cuma sekadar kain batik sehelai.
Cuba la hayati lirik lagu Warisan yang selalu hangpa orang Umno nyanyi masa program Umno, hayati betui-betui lirik tu dan cuba kaitkan dengan fakta di link-link yang kat atas.Sibuk tunjuk keliling salahkan orang lain, padahal semua tu angkara pemimpin Umno yang RASUAH penuh kePALSUan.
Dimanakan MARUAH kita kalau masih menyokong pemimpin yang dari dulu hingga kini menggadai semua harta milik melayu ni.
Warisan
Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.
Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.
Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.
Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.
Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.
Kini kita cuma tinggal kuasa MARUAH,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.
Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara.
* Sokong PAKATAN RAKYAT Undilah Calon PAS *
Tiada ulasan:
Catat Ulasan