Mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA akan bermula jam 10 pagi ini di mana 2,377 perwakilan parti itu akan mengundi lima usul, khususnya usul tidak percaya kepada Presiden Datuk Seri Ong Tee Keat dan usul mengembalikan semula jawatan timbalan presiden kepada Datuk Seri Chua Soi Lek.Lima resolusi itu ialah (1) usul tidak percaya terhadap Ong (2) untuk membatalkan keputusan majlis presiden untuk memecat Dr Chua
(3) menerima semula Dr Chua sebagai timbalan presiden MCA (4) membatalkan sebarang pelantikan termasuk timbalan presiden yang dibuat sebelum EGM dan (5) tidak dikenakan tindakan disiplin terhadap penuntut EGM itu.
Pengundian tersebut dijangka berjalan selama dua jam sehingga jam 12 tengahari ini, diikuti dengan proses pengiraan pengundi. Keputusannya dijangka diketahui sekitar jam 3 petang.
Yang menariknya, EGM kali berlangsung dengan tiga-10: bermula pada jam 10 pagi hari ke-10 bulan kesepuluh esok. Namun ramai pemerhati politik dalaman percaya para perwakilan telah membuat keputusan mereka.
Pertembungan antara penyokong Tee Keat dan Soi Lek ini bakal menentukan masa depan kepimpinan parti komponen kedua terbesar BN itu, yang dilanda krisis kepimpinan sejak tindakan diambil terhadap Soi Lek berkaitan skandal klip video seks.Lembaga disiplin MCA mencadangkan Soi Lek dipecat, yang kemudiannya disahkan oleh Majlis Presiden. Ekoran keributan yang tercetus ekoran tindakan tersebut, maka jawatankuasa pusat MCA kemudiannya membatalkan pemecatan Soi Lek, dan sebaliknya penggantung keahliannya.
Turut menarik perhatian ialah kewujudan apa yang dipanggil "pasukan ketiga" yang mahukan perwakilan menolak kedua-duanya - Tee Keat dan Soi Lek dalam EGM hari ini.
Jika ini menjadi kenyataan, maka akan berulang sejarah penukaran kepimpinan MCA - di mana presiden dan timbalan presiden - melepas jawatan dan kompromi dicapai untuk melantik calon lain, bagi mengelak perpecahan yang berterusan dalam parti itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan