Pengikut

Isnin, 7 September 2009

Najib memperbodohkan rakyat

Assalamualaikum..

Selawat dan Salam ke atas Junjungan.


Sebaik sahaja Tan Sri Khalid Ibrahim membekukan rancangan pemindahan kuil, tiba tiba Najib datang dengan statmentnya yang menyebut bahawa kerajaan negeri yang terajui pembangkang mula dipersoalkan rakyat yang mula meragui kredibiliti mereka mentadbir negeri.Sekali imbas ianya menggambarkan kehebatan BN yang bijak mentadbir berbanding PR yang tidak bijak.Haprak punya statment dan bijaknya Najib dalam menyembunyikan kes sebenar Altantuya sudah lama diketahui rakyat tetapi bijak mentadbir negara merupakan satu kenyataan seratus peratus bohong dari seorang PM.

Najib juga tidak sedar bahawa statmentnya sendiri itu tidak betul kerana ia menyebut kerajaan negeri yang diterajui pembangkang atau dengan kata lain kerajaan pembangkang, satu istilah yang janggal untuk disebut.

Mungkin Najib maksudkan pembangkang itu ialah PR, jadi kenapa Najib takut nak sebut PR? Atau memang Najib sudah fobia dengan PR seperti Najib Fobia dengan DSAI sehingga tidak dapat menyebut namanya sebaliknya hanya menyebut "orang itu'.

Tidak logik langsung hanya kerana membekukan rancangan pemindahan kuil boleh menimbulkan keraguan rakyat di kesemua negeri yang dikuasai pembangkang(PR).Macam mana Najib tahu dengan begitu cepat adanya keraguan rakyat di kesemua negeri ini hanya kerana pembekuan pemindahan kuil tersebut? Rasanya najib terlalu tergesa gesa membuat statment sehingga ianya langsung tidak mengambil kira kebijaksaan rakyat untuk menilai.barangkali Najib beranggapan rakyat akan terima semua yang disebutnya seolah olah dia merupakan pemimpin pujaan rakyat.

Najib nak berbohong kepada rakyat tetapi Najib perlu sedar bahawa sehingga sekarang Najib masih berhutang dengan rakyat selagi Altantunya dan C4 tidak dijelaskan sejelas jelasnya.Najib juga berhutang dalam menjelaskan dakwaan ujudnya perkampungan hantu di Pekan, kawasan parlimennya.

Itu belum masuk soal kredibiliti Najib mentadbir negara.Najib perlu tahu dan diberitahu bahawa rakyat majoriti sudah meragui kredibilitinya untuk menjadi PM sejak sebelum beliau dilantik lagi.Rakyat meragui kredibilitinya melaksanakan gagagas 1Malaysia kerana parti yang diketuainya sudah terkenal sebagai parti perkauman dan parti membolot harta negara.

Tambahan pula isu kuil yang dimanupulasikan oleh orang utan berambut panjang secara jelas menjadi setback kepada gagasan 1Malaysia Najib.Lantaran itu, keputusan MB Selangor hari itu bukan dipersoalkan rakyat tetapi sebaliknya menyumbang kepada gagasan 1Malaysia.
Kenapa Najib tidak komen tentang perkara ini?keengganan Najib melihat relevennya keputusan MB Selangor kepada gagasan 1Malaysia menunjukkan Najib sendiri tidak komited kepada gagasan tersebut.Inilah kerdibiliti yang sedang dipersoalkan rakyat, bukan kredibiliti kerajaan pembangkang.

Begitu juga kenaikan harga minyak sejurus selepas negara menyambut kemerdekaan ke 52.
Apakah rakyat tidak dapat menilai lagi keupayaan Najib mengetuai kerajaan?inilah kredibiliti yang lebih utama di mata rakyat bukannya kredibiliti kerajaan pembangkang yang hanya menguasai negeri.

Kalau diminta Najib membetulkan statmentnya mungkin Najib tidak akan layan dan kalau diberitahu kepada Najib bahawa rakyat di zaman sekarang bukan lagi rakyat yang buat rumah di atas pokok, bukan lagi rakyat yang percaya bulat bulat apa yang mereka dengar di TV dan baca di akhbar, Najib mungkin tidak akan mengubah apa apa sekalipun dia percaya apa yang diberitahu.Jadi penyelesaiannya, PR mesti terus berjuang sehingga putrajaya ditawan."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan