Pengikut

Ahad, 20 Mei 2012

Parasik, Anwar yang halang PAS dan Umno bersatu kata Hasan Ali

Presiden NGO pro-Melayu Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali mendakwa pengaruh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Idan juga golongan "parasit" dalam PAS menghalang parti itu untuk bergabung dengan Umno.

Katanya beliau kesungguhan PAS untuk mencari "rakan kongsi baru" itu dapat dilihat melalui kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib yang menimbulkan perkara itu pada 12 Mei lalu.

"Jelas beliau mahukan PAS mencari rakan kongsi politik menggantikan dua komponen parti yang ada dalam Pakatan (Rakyat) sekarang ini," katanya seperti dipetik akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Hasan berkata, beliau juga bersyukur kerana mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menimbulkan semula cadangan muzakarah dengan Umno minggu lalu.

"Bagi saya ini adalah satu petanda baik yang sepatutnya tidak disia-siakan oleh kedua-dua pimpinan kuasa politik Melayu Islam ini," katanya.

Tambahnya, gandingan PAS dan Umno akan dapat menjadi "gandingan ampuh" untuk berdepan dengan dakwaan masalah Kristianisasi, pluralisme dan liberalisme agama serta agenda golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual.

Gabungan itu juga bagi menghadapi gerakan oleh golongan yang didakwanya mula mempertikai peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk hak keistimewaan orang Melayu.

"Bukan satu rahsia lagi bahawa perbincangan dengan pihak Umno pada satu ketika telah sampai ke satu tahap untuk memeterai persetujuan bersama.

"Malangnya hasrat dan cita-cita murni itu menemui kegagalan. Ini disebabkan kuatnya pengaruh anti penggabungan PAS dan Umno ketika itu yang didalangi oleh parasit serta pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui proksinya dalam saf kepimpinan parti Islam itu," katanya.

Tambahnya golongan "parasit" itu jugalah yang lebih lantang daripada daripada DAP dan PKR dalam "menimbulkan keraguan dalam isu fundamental" berhubung dakwaan gerakaan Kristianisasi dan "usaha mengekang kemungkaran," katanya. - Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan