Kumpulan anti- Bersih tetap mahu berniaga di kawasan kediaman pengerusi Bersih Datuk Ambiga pada hari Khamis dan Jumaat ini walaupun DBKL melarang. Adakah pihak DBKL Datuk Bandar Tan Sri Ahmad Fuad Ismail akan mengambil tindakan yang sama terhadap kumpulan ini seperti yang telah beliau lakukan terhadap penyokong himpunan Bersih 3.0???
Datuk Bandar Tan Sri Ahmad Fuad Ismail menasihatkan agar kumpulan peniaga daripada Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) itu menggunakan saluran yang betul bagi membuat tuntutan.
"Kalau berterusan macam ni, benda ini akan bersambung dan tak habis-habis. Untuk mengadakan himpunan aman di kawasan rumah dia tak apalah, tapi nak dirikan gerai, DBKL tak benarkan di bawah Undang-undang Jalan, Parit dan Bangunan.
"Kerana bukan ada rumah Ambiga sahaja di situ. Jadi saya nasihatkan kalau nak buat, cari tempat yang sesuai dan yang dibenarkan," kata Ahmad Fuad ketika bertemu dengan wakil peniaga, Datuk Jamal Md Yunus di lobi bangunan DBKL, hari ini.
Selain itu, Ahmad Fuad turut menasihatkan MBPKL dengan berkata, tindakan untuk berniaga di hadapan rumah Ambiga juga akan memberi gambaran yang tidak elok pada negara luar dan generasi akan datang.
Katanya lagi, jika mahu membuat tuntutan kerugian, pihak MBPKL boleh menuntutnya melalui mahkamah sivil.
"Tak usahlah nak buat-buat macam ini, tak payah panjang-panjangkan lagi. Polis pun sedang ambil tindakan. Tuan boleh ambil tindakan dengan pergi ke mahkamah sivil tentang rugi dan sebagainya.
"Kalau semua tak nak ikut undang-undang, kita beri gambaran tak elok pada negara luar dan generasi akan datang. Saya nasihatkan saja. Kalau tuan-tuan buat (berniaga), saya akan ambil tindakan," katanya lagi.
Peniaga: Kami jalankan kerja kami
Mengulas mengenai tapak yang ditandakan dengan cat di sepanjang Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara dekat ibu negara, Ahmad Fuad berkata, pihaknya akan mengecat kembali jalan itu dengan warna hitam.
"Cat-cat petak tak boleh dibenarkan. Kalau dah buat (cat), kita akan cat hitam balik. Dan jika mereka tetap untuk berniaga (Khamis dan Jumaat), kita akan hantar penguatkuasa ke sana. Undang-undang mesti dihormati. Kita juga akan minta kerjasama daripada pihak polis," kata Ahmad Fuad.
Sementara itu, bercakap pada sidang media selepas berjumpa Datuk Bandar, Jamal (gambar kiri, kedudukan di tengah-tengah) berkata, pihaknya akan meneruskan rancangan mereka untuk berniaga.
Jamal berkata, beliau dan peniaga lain hanya menjalankan tanggungjawab untuk mencari rezeki.
"Kami akan jalankan tanggungjawab kami untuk cari makan dan nak beritahu pada penganjur supaya bertanggungjawab. Kita hormat keputusan DBKL. Kami akan jalankan kerja kami dan DBKL akan jalankan kerja mereka.
"Kita akan tetap teruskan sehingga ada pihak yang menjawab siapa yang akan bertanggungjawab atas kerugian kami," katanya. -Malaysiakini
Al- Fatihah buat pemilik Blog ini yang talah kembali ke rahmatullah...
BalasPadamKenalkan nama saya Pak ,Beny Sutomo betul-betul mengakui bahwa ramalan AKI SAIF bener-bener top dan di jamin “JITU” 100% tembus adapun ramalan ini di dapat melalui “RITUAL KHUSUS” jadi anda jangan ragu-ragu lagi untuk mengikuti ritual AKI SAIF karena nomor ritual AKI SAIF meman selalu tepat dan terbukti, jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan HUBUNGI/SMS di ((( 081355048468))) dan cukup bergabung dengan AKI SAIF untuk menyelesaikan syaratnya anda sudah bisa mendapatkan angka 2D 3D 4D yang bisa merubah nasib anda sekeluarga karna saya sudah membuktikanya 3X putaran bener-bener langsung tembus dan kini sekarang giliran anda Semua untuk membuktikan Trima Kasih.
Padamsaya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK
BalasPadam