Pengikut

Isnin, 23 April 2012

Pengerusi BN Pulau Pinang tetap hak milik Gerakan

Perdana Menteri ,Datuk Seri Najib Tun Razak  hari ini mengumumkan Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menggantikan Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata, pelantikan bekas Exco Kerajaan Negeri itu, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padang Kota berkuat kuasa hari ini.

 "Saya umumkan pelantikan Teng Chang Yeow sebagai pengerusi BN Pulau Pinang yang  baharu dan beliau akan ambil alih dan memikul tanggungjawab itu mulai hari ini.

"Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Gerakan Negeri Datuk Dr Teng Hock Nan kerana faham bahawa inilah realiti politik, walaupun beliau sendiri telah banyak memberi sumbangan dan tenaga kepada parti selama ini," katanya.

Najib membuat pengumuman itu dalam ucapan pada majlis perjumpaan dengan anggota jentera pilihan raya pusat daerah mengundi (PDM) di Bukit Jawi Golf Resort di sini hari ini. Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan 345 PDM di seluruh Pulau Pinang.

Pada November lalu, Tsu Koon yang juga Presiden Gerakan mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13  dan dengan itu dirumuskan bahawa beliau pada prinsipnya membuat keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi BN Pulau Pinang.

Sumber - SinarHarian

p/s: Umno P.Pinang akhirnya terpaksa akur dengan keputusan yang di buat Najib, Walau pun Gerakan kalah teruk dalam PRU12 namun jawatan pengerusi BN P.Pinang tetap hak milik mereka... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan