Pengikut

Isnin, 16 April 2012

Belum diberi format, Khairy dah menyepi?

Format debat isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli diserahkan kepada penganjur, Sinar Harian.

Bagaimanapun, Mohd Rafizi memaklumkan pihaknya mengesyorkan format Presiden Amerika Syarikat iaitu 15 minit diberikan kepada dua-dua pendebat untuk memberikan hujah, diikuti sesi soal jawab antara mereka dan soal jawab bersama panel.

“Kita akan mendapatkan persetujuan daripada penganjur. Kita akan menggunakan Bahasa Melayu dalam debat itu kerana orang ramai mahukan kami berbuat demikian,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, Mohd Rafizi menerima tawaran Sinar Harian untuk menjadi penganjur debat membabitkan dirinya dan Khairy berhubung PTPTN yang dijangka akan diadakan pada 3 Mei bertempat di Kompleks Media Karangkraf, di sini.

Rafizi berkata, beliau telah menghantar e-mel kepada Khairy mengenai beberapa perkara berkenaan debat tersebut, kelmarin.

“Antara perkara yang disentuh oleh saya ialah mengenai kesediaan Sinar Harian sebagai penganjur dan kemungkinan besar ia akan disiarkan dalam televisyen.

Saya belum menerima jawapan daripada Khairy. Saya akan hantar surat rasmi kepada beliau esok dan berharap akan menerima jawapan,” katanya.

Sumber - SinarHarian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan