Pengikut

Jumaat, 23 Mac 2012

Hassan Jati guna RM300 ribu ubahsuai pejabat?

Bekas Exco kerajaan negeri Datuk Hasan Ali didedahkan membazirkan ratusan ribu mengubah suai pejabatnya ketika memegang jawatan, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Semasa perbahasan titah diraja, Azmin (kanan) yang juga Adun Bukit Antarabangsa berkata bekas exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam itu membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat beliau.

“Beliau juga membelanjakan RM550,000 untuk menganjurkan persidangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor. Wang itu lebih baik disalurkan kepada rakyat,” katanya.

Azmin, juga membidas Hasan kerana didakwa membelakangkan dasar tender terbuka negeri ketika menganugerahkan sub-kontrak penyelenggaraan jalan, lapor Malaysiakini.

-KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan