"Shahrizat telah ditolak oleh pengundi pada pilihan raya umum lalu. Kali ini, beliau terbabit pula dalam isu NFC, dengan ini, tidak ada sebab untuk beliau bertanding sekali lagi," kata timbalan setiausaha Pemuda MCA, Loh Chew Jun dalam satu kenyataan hari ini.
Loh juga berkata, kegagalan Shahrizat memberi penjelasan berhubung pembabitan suaminya dalam projek NFC boleh mengakibatkan 'kerusi selamat' BN bertukar menjadi 'kerusi berbahaya' jika pembangkang mengeksploitasi dan mensensasikan isu itu di seluruh negara.
Kata Loh (gambar kanan), adalah malang jika usaha-usaha semua parti komponen BN untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat selepas 'tsunami politik' pada tahun 2008 digerhanakan oleh masalah peribadi Shahrizat.
Sebelum ini, pelbagai pihak meningkatkan tekanan pada Shahrizat supaya berundur tetapi kepimpinan tertinggi Umno masih belum membuat pendirian rasmi mengenai perkara itu.
Bagaimanapun Laporan Ketua Audit Negara 2010 merumuskan projek itu berdada dalam keadaan kucar kacir.
Berikutan itu, PKR membuat pendedahan demi pendedahan yang mendakwa berlaku penyelewengan terhadap dana berkenaan.
Antara pendedahan mereka, dana itu antara lain digunakan untuk tujuan berikut:
- Membeli dua unit kondominium mewah 'One Menerong' (RM13.8 juta)
- Membiayai Umrah atas nama suami dan anak lelaki (RM31,580)
- Perbelanjaan peribadi (RM26,400)
- Membeli Mercedes Benz CLS350 (RM534,622)
- Membeli dua lot tanah di Putrajaya (RM3.36 juta)
- Percutian mewah (RM455,423)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan