Surat pekeliling juga telah dihantar pada awal bulan ini bagi menjemput guru-guru dan kakitangan sekolah yang lain untuk mendaftarkan diri mereka sebagai ketua pusat mengundi dan kerani pengundian.
"Dimaklumkan bahawa, saya telah dilantik oleh Suruhajaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sebagai Pegawai Pengurus bagi Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja sebelum tamat tempoh tamat Dewan Rakyat ke-12.
"Untuk makluman, sekolah tuan/puan telah dipilih oleh SPR sebagai sebuah pusat mengundi bagi PRU 13 akan datang," petik surat itu.

Adalah juga difahamkan bahawa beberapa buah sekolah telah mengadakan mesyuarat minggu ini untuk mengisi jawatan petugas pilihan raya yang akan dibayar elaun yang dikatakan sehingga RM500 setiap orang.
Guru-guru berkenaan juga berkata bahawa mereka yang mengandung dan dijadualkan bersalin sekitar akhir tahun tidak layak memohon jawatan petugas pilihan raya itu.
Dihubungi Malaysiakini, Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria mengesahkan bahawa latihan untuk kerani pengundian bermula hari ini.
"Latihan bermula di negeri Selangor hari ini dan akan diikuti dengan negeri-negeri lain," katanya.

"Latihan akan melibatkan tayangan video dan mengadakan pilihan raya olok-olok," katanya.
Menurut Kamaruddin kebanyakan sukarelawan pernah bertindak sebagai kerani mengundi dalam beberapa pilihan raya sebelum ini dan oleh itu sebahagian besar mereka sudah mempunyai pengalaman.
"Kami akan mengemas kini beberapa prosedur yang baru," katanya lagi. -Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan