
Menurut Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Ab. Razab, pihaknya meramalkan hampir 2,000 mahasiswa sekitar Lembah Klang bakal turun pada malam ini berikutan campur tangan polis dalam isu pergantungan Prof. Dr. Aziz Bari.
“Polis campur tangan dalam siasatan… Jadi malam ini kita hantar memorandum kepada ‘ketua polis’ (Datuk Seri Hishammudin Hussein).”
“Kita akan pastikan dia terima dan serah kepada bos dia (Perdana Menteri).”
“Kita berjuang untuk kebebasan akademik, bukan (Prof Dr) Aziz Bari sahaja.”, ujarnya dalam satu kenyataan.
FRU, Polis dijangka memenuhi pintu masuk
Dan kesesakan lalu lintas di sepanjang Gombak serta jalan utama berhampiran UIAM juga bakal berlaku sekiranya polis dan FRU campur tangan.
Pintu utama universiti juga diberitakan bakal dikawal ketat oleh pengawal keselamatan UIAM terutama setelah kedatangan Menteri Keselamatan Dalam Negeri itu nanti untuk merasmikan Debat Piala Perdana Menteri pada malam ini.
Pages sokong Aziz Bari sasar 20,000 malam ini
Dalam pada itu, walaupun penggantungan sebagai pensyarah universiti ditarik balik, pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menjangkakan insiden yang dihadapinya masih jauh daripada berakhir dan mungkin bertambah buruk.

Menurutnya, walaupun siasatan UIA masih belum membuat sebarang keputusan, penarikan balik penggantungannya hanya bertujuan “menenangkan orang awam”.
“Apa lagi selepas ini? Tindakan disiplin daripada UIA?”
Atau, tambahnya, sama ada polis akan mencadangkan pendakawaan terhadapnya dibuat berdasarkan Akta Hasutan.
Aziz berkata, beliau terpaksa meneruskan kerjanya sebagai pensyarah undang-undang walaupun menghadapi pelbagai ketidaktentuan.
Dan jumlah terkini pages ‘10,000 mahasiswa menyokong penuh Profesor Dr Abdul Aziz Bari‘ mula mencecah 17,000 lebih dan mereka mensasarkan genap 20,000 sebelum 12 tengah malam hari ini. -RM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan