Pengikut

Khamis, 4 Ogos 2011

Apa kata PERKASA dan pemuda Umno bila Lim Guan Eng bantu kontraktor Melayu

Sebelum ini bagaikan nak rak pemimpin PERKASA dan pemuda Umno berdemo sana-sini semata-mata marahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kononnya cuba meminggirkan orang Melayu dan berusaha untuk menghalau Melayu dari pulau mutiara itu.

Bagaikan lembu sedang kelaparan, habis diredahnya secara membuta-tuli. Yang menyertai demo ntah tahu ntah tidak kenapa mereka itu berdemo, janji dapat nasi bungkus atau duit poket beberapa ringgit. Dah takdak kerja, sekurang-kurang dapat makan percuma.

Konon akulah Melayu terakhir di abad ini yang memperjuangkan bangsa Melayu. Padahal merekalah yang bangsat selama ini. Mundurnya Melayu kerana 50 tahun lebih pemerintahan di bawah kerajaan BN.

Kerana kroni Umno tak dapat projek, maka dijaja Melayu telah dipinggirkan kerajaan PR Pulau Pinang. Nak tipu budak tadika bolehlah.

Umno terkedu Lim Guan Eng bantu Melayu

Suku sakat Umno termasuk PERKASA dan pemuda Umno bagaikan terkena kejutan elektrik kerana di luar dugaan mereka, Ketua Menteri Lim Guan Eng bertindak membantu kontraktor Melayu dengan perolehan projek secara tender terbuka.

Pemangku Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang Datuk Izham Merican berkata, dalam sistem tender terbuka, pemberian kontrak di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang dilakukan secara adil dan tidak mengetepikan kaum lain. Ambik engkau PERKASA dan barua Umno!

“Saya sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Pemangku Yang Dipertua telah berjumpa dengan Ketua Menteri supaya membantu warga kontraktor Bumiputera di Pulau Pinang dan ini disambut baik oleh Ketua Menteri.

“(Ia) menunjukkan sikap profesionalnya, beliau tidak mencampur aduk hal politik dan tidak memilih kaum untuk membantu dan selalu bercakap berdasarkan fakta dan ini amatlah disanjungi,” jelas Izham lagi.

Tindakan luar dugaan itu menjelaskan betapa selama ini apa yang didakwa PERKASA dan barua Umno merupakan pembohongan semata-mata.

Terbukti Melayu mundur kerana Umno

Apa yang mengejutkan, Pemangku Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang itu turut membuat pendedahan selama ini ketika pemerintahan kerajaan BN di Pulau Pinang, kontraktor yang mahu mendapatkan sebarang kontrak dari kerajaan akan diwajibkan oleh pemimpin Umno untuk mendapat kebenaran ketua bahagian Umno terlebih dahulu. Perkara ini berbeza sekali ketika pemerintahan Pakatan Rakyat (PR).

Sekarang di bawah pemerintahan DAP dan PR, para kontraktor tidak kira dari parti mana telah dberi hak sama rata untuk mendapat projek kerajaan negeri.

“Malah ahli-ahli persatuan saya amat menghargai pendekatan YAB Ketua Menteri yang tidak mewajibkan sebarang kontrak kerajaan mesti mendapat kebenaran ketua bahagian parti seperti yang dibuat sebelum ini,” kata Izham.

Malahan, Izham turut menjelaskan, walaupun persatuan yang dipimpinnya itu mempunyai ahli daripada pelbagai parti, namun kebanyakannya terdiri daripada ahli Umno.

Tuduhan jahat PERKASA dan Umno Pulau Pinang selama ini terhadap Kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP konon meminggirkan kaum bumiputera adalah bohong semata-mata.

“Saya sebagai Timbalan Yang Di Pertua dan Pemangku Yang Dipertua persatuan ingin menyatakan bahawa setakat hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang tidak pernah mengetepikan kaum Bumiputera dalam industri pembinaan dan sebagai pemimpin beliau bersikap terbuka walaupun dicemuh oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja tidak faham akan dasar kerajaan negeri,” jelas Izham.

Sekarang, pemimpin PERKASA, pemuda Umno dan blogger upahan Umno terdiam, terkedu mengenang akan pembohongan mereka selama ini. Ntah di gua mana mereka itu bersembunyi sekarang. Inilah wajah sebenar pemimpin hipokrit dan kaki fitnah abad ini. Selama ini mereka hanya perbodohkan rakyat Pulau Pinang dengan cerita fitnah dan bohong.

Pemimpin Umno-BN hanya reti membuat fitnah dan tuduhan melulu tanpa berpaksi dengan bukti kerana tidak dapat menerima kenyataan yang mereka sudah jadi pembangkang di Pulau Pinang dan khazanah negeri tidak lagi dapat mereka punggah sesuka hati seperti dahulu. - WarkahDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan