Pengikut

Selasa, 14 Jun 2011

Kementerian Pelancongan belanja RM1.8 juta untuk Facebook?

Kementerian Pelancongan Malaysia hari ini didedah membelanjakan RM1.8 juta untuk laman Facebook mereka.

Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke mengkritik keputusan membelanjakan sebegitu banyak wang kerana laman rangkaian sosial itu boleh digunakan dengan percuma.

“Facebook page Kementerian Pelancongan hanya berjaya menarik 20,308 pengikut (dengan belanja RM1.8 juta) sedangkan Facebook page ‘Visit Penang’ yang tidak menelan belanja walau sesen pun oleh kerajaan Pulau Pinang berjaya menarik lebih 100,000 pengikut,” kata Loke.

Menurutnya, beliau tidak percaya tiada sesiapa di kementerian itu yang tahu untuk menyelenggara akaun Facebook kementerian itu sehingga memaksa mereka membelanjakan wang sebanyak itu mengupah orang luar.

Timbalan Menteri Pelancongan, James Dawos Mamit berkata RM1.8 juta itu diberikan kepada Impact Creations Sdn Bhd, melalui satu kontrak tiga tahun bermula dari tahun 2011 hingga tahun 2013.

Kritikan Loke terhadap pembaziran mega itu disokong Ketua Pemuda Umno yang juga Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Menurut Khairy, beliau bersetuju dengan Loke bahawa RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan ia tidak sepadan dengan minat yang ditunjukkan orang ramai terhadap Facebook page kementerian itu.

“Sehingga kini baru terdapat 2,013 ‘likes’, dan rekabentuk laman itu juga kelihatan biasa-biasa sahaja. Ia menggunakan templat sama (dengan Facebook page lain),” kata Khairy seperti dilaporkan Malaysiakini.

-KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan