Pengikut

Jumaat, 20 Mei 2011

Bila ringgit jatuh dan harga barang naik kerana kroni

Beberapa minggu lalu saya menerima SMS berikut:
In a couple of weeks the bonds issued by the water privatisation companies in Selangor will be junk bonds as the administrative & legal tussle between the Fed govt + water concessionaries (Umno cronies) vs S'ngor govt is still not solved. Once those 'water' bonds morphed into junk bonds - Fed govt guarantee that was given will be demanded by the bonds holder. It can have a domino effect to other loan/sukuk/bond issued or guaranteed by M'sian govt - will be evaluated. If happened, Najib can kiss goodbye to ETP, GTP, Pemandu, Teraju etc. Najibnomics will go down the drain (saya kata Najibcomics - bakaq). RM will plummet down. Cost of living will go up. Kroni punya fasal, kita jadi mangsa!
Saya tak reti ekonomi. Saya terima, saya baca dan saya tak tau apa. Tetapi, hari ini Malaysian Insider menyiarkan berita bertajuk "Putrajaya to take over Selangor’s water debt for RM6.5b".

Apa masalah antara Syabas dan kerajaan Selangor? Laporan menyatakan, kerajaan Selangor di bawah Barisan Nasional (BN) memberi laluan selesa kepada Syabas untuk menaikkan tarif air sehingga lima kali. Pada tahun 2009 dahulu Syabas dibenar menaikkan tarif setinggi 37 peratus. Selepas itu, pada 2012, diberi lagi kebenaran untuk menaikkan tarif setinggi 25 peratus (2012).

Tidak cukup dengan itu, pada 2015, Syabas mendapat kebenaran lagi untuk menaikkan tarif air setinggi 20 peratus (2015). Selepas itu, ada lagi habuan untuk meningkatkan keuntungan apabila Syabas dibenarkan menaikkan tarif sehingga 10 peratus pada tahun 2018 dan lima peratus pada tahun 2021.

Kerajaan Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim pula dilaporkan tidak bersetuju dengan kenaikan demi kenaikan yang membebankan rakyat itu. Banyak lagi la yang kerajaan dia tak setuju, katanya.

Saya tak berapa tau. Bab tu kena tanya Datuk Dr Hasan Mohamed Ali. Atau, mungkin juga perkara itu boleh dijelaskan dalam akhbar tabloid yang orang tuduh ditaja oleh Syabas.

Sementara itu, hari ni juga, The Star menyiarkan berita bertajuk "DPM: Prepare for price increases". Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin suruh kita bersedia menghadapi kenaikan harga barang. Mungkin tak berkaitan dengan bon yang melingkup tu. Tapi yang jelas barang nak naik harga. Kalau ditambah pula dengan kesan seperti yang dibimbangi SMS yang saya terima tu, mampoih kita!

Tetapi, jangan tuduh Muhyiddin tak bagi penyelesaian. "Return of one-sen coin to beat profiteers", itu cadangan beliau seperti yang dilaporkan NST hari ni. Hebat Muhyiddin.

Mamak jual cendol kat rumah saya bagi tau, harga kelapa terlampau mahal sekarang. Agaknya, dengan cadangan Muhyiddin tu, kalau kelapa tu nak naik harga sampai RM2 sebiji, bolehlah turun sikit takat RM1.80 kot.

Hebat Muhyiddin. Patutlah dia boleh jadi Timbalan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang banyak orang tuduh dia bongok.

Nanti jap, tak habis lagi. Ada orang media arus perdana (MSM) bagi tau, pilihan raya umum mungkin dua bulan lagi. Lawan Umno!

~Penarik Beca

Tiada ulasan:

Catat Ulasan