Pengikut

Rabu, 20 April 2011

Akaun emel 1Malaysia tidak wajib, Najib bohong

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan kerajaan tidak membiaya projek penyedian e-mel percuma kepada rakyat berusia 18 tahun ke atas dan ia juga tidak diwajibkan kepada seluruh rakyat di negara ini.

Bagaimana pun, beberapa firma yang dijemput untuk mengambil bahagian dalam bidaan projek itu November tahun lalu, telah diterangkan bahawa projek itu mensasarkan seratus peratus penyertaan daripada rakyat Malaysia.

Ia sekaligus bertentangan dengan kenyataan yang dibuat Najib.

Sebuah portal berita melaporkan, indeks prestasi utama (KPI) bagi projek itu adalah 50 peratus bagi mereka yang mencapai usia 18 tahun dan ke atas pada 2012 dan mungkin meningkat sehingga seratus peratus menjelang 2015.

Firma yang memperoleh bidaan juga perlu menunjukkan bahawa pihaknya perlu mencapai 50 peratus pemegang akaun e-mel, dengan menggunakan perkhidmatan nilai tambah seperti pembayaran bil atas talian dan pencapaian rekod awam menjelang 2020.

Semalam, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, syarikat IT tempatan, Tricubes Bhd, yang melabur RM50 juta bagi projek itu, adalah sebuah syarikat yang mempunyai rekod kewangan yang buruk.

Ia menimbulkan persoalan besar sekiranya ia merupakan inisiatif swasta, bagaimana projek itu diberikan kepada sebuah syarikat yang hampir ‘muflis’.

Tricubes Bhd disenarai antara 12 syarikat dalam kategori syarikat GN3 dalam Bursa Malaysia yang merujuk kepada syarikat yang amat bermasalah dalam penstrukturan kedudukan kewangan dan operasi syarikat.

-KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan