Utusan Malaysia telah terus mangadu-dombakan isu ini dengan lapuran susulan pada hari berikutnya yang berbentuk menghasut sentimen perkauman terhadap kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang mahukan pinggirkan sumbangan orang Melayu. UMNO, Farid dan Utusan Malaysia telah meludah ke langit kerana yang keluarkan risalah “My Balik Pulau” tidak lain, tidak bukan adalah kerajaan BN negeri yang lama.
Ia diluluskan oleh kerajaan negeri BN lama sebelum Mac 8, 2008 dan sebelum PR mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri. Maka Farid patut tahu kerana beliau adalah sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri lama. Lagipun beberapa penyokong kuat UMNO beliau adalah penyumbang ke atas keluaran “My Balik Pulau” ini.
Sungguhpun kerajaan negeri telah menjelaskan perkara itu dan meminta Farid tarik balik dan minta maaf atas sifat perkauman anti-bukan melayu dengan pembohongan dan fitnah yang menganiayai kerajaan negeri PR Pulau Pinang atas sesuatu yang bukan salahnya, Farid enggan buat demikian. Sebaliknya Utusan Malaysia teruskan laporan palsu yang mendakwa kerajaan negeri mengeluarkan risalah "My Balik Pulau" yang sebenarnya dikeluarkan oleh UMNO dan kerajaan persekutuan.

Dalam keghairahan buat serangan hentam-keromo ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang semua fakta dan kebenaran dilupai dan dibelakangkan. Sungguhpun yang "bersalah" adalah BN/UMNO dan kerajaan persekutuan sendiri, serangan bertubi-tubi dijalankan ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang dimangsakan sebagai kembiri hitam.
Kerajaan negeri PR Pulau Pinang tidak akan berdiam diri dan menanggung lagi kesalahan orang lain, khususnya UMNO yang jahat seribu jahat ini. Politik rasis dan benci-membenci UMNO dan BN untuk menutup skandal rasuah mereka mestilah dilawan berhabis-habisan, yang jelas sebagai reaksi terhadap pembongkaran skandal RM30 juta Pulau Jerejak yang berlaku di bawah Tan Sri Koh Tsu Koon yang serahkan Pulau Jerejak habis kepada UDA.
Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 15 Februari 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan