Tawaran dalam Buku Jingga bukan dongeng, bukan memancing undi untuk seorang mendapatkan hasratnya menjadi PM, tetapi komitmen satu pakatan badan politik yang sudah muak dan mual dengan kezaliman, penindasan, pengkhianatan amanah, pembaziran, pemborosan pemerintah BN yang ada.
BN mesti diganti. Justru, cara paling mudah ialah perkenalkan mereka dengan cadangan program PR melalui Buku Jingga ini bahawa alternatif kepada BN tetap ada. Jangan rakyat ingat bahawa hanya BN yang boleh memerintah Malaysia. Di luarnegara, parti pemerintah saling bertukar. Mengapa dalam Malaysia disangka hanya BN boleh memerintah?
Lagi cepat anda emailkan Buku Jingga ini, lagi cepat rakan email anda tahu. Lagi banyak ia tersebar, lagi banyak undi yang boleh diraih terutama dari rakyat atas pagar-RAP. Pendirian mereka boleh berubah mengikut ’selera’ terakhir.Lagi ramai rakan email anda, lagi ramai yang didedahkan dengan Buku Jingga ini.
Anda yang kreatif boleh sebarkan dalam facebook, blog, portal dan lain-lain. Tinggal lagi, rakyat yang tiada kemudahan akses kepada semua itu perlu didekati dengan cara lain. Yang penting Buku Jingga ini mesti diwar-warkan sehingga PRU 13 akan datang.
Untuk Download Buku Jingga PAKATAN RAKYAT Klip Di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan