Pengikut

Rabu, 8 Disember 2010

Hishammuddin: Ramai Pemimpin BN Kecewa Dengan Soi Lek

Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menyinggung sejumlah pemimpin hujung minggu lalu ekoran kenyataan agar ungkapan-ungkapan tertentu antaranya “Ketuanan Melayu” dilarang daripada digunakan manakala Umno pula tidak lagi meluluskan dasar-dasar kerajaan dalam mesyuarat Majlis Tertingginya.

Naib Presiden Umno ini berkata banyak pihak telah melahirkan rasa tidak puas hati mereka dengan sikap Presiden MCA itu menggunakan konvensyen Barisan Nasional (BN) Ahad lalu sebagai platform untuk melahirkan keluhan dan rintihan terhadap parti pemerintah ini.

“Saya dengar ramai yang tidak gembira dengan apa yang dikatakan oleh Soi Lek termasuk pemimpin-pemimpin MCA sendiri, dalam konteks konvensyen BN,” kata Hishammuddin pada sidang media di lobi bangunan Parlimen hari ini.


-The Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan