Rakyat berhak menerima subsidi kerana wang negara ialah wang rakyat. Yang tidak berhak dilakukan ialah menyelewengkan wang rakyat dalam apa-apa bentuk sekalipun..Sehubungan itu, ada sesuatu yang tidak kena apabila Idris Jala mengeluarkan kenyataan yang menyalahkan subsidi sekiranya negara bankrap pada tahun 2019 nanti.
Ini bermakna negara kita tidak mampu mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020.
Walau bagaimanapun, rakyat dikelirukan oleh pengumuman Najib bahawa negara akan tetap mencapai taraf negara maju sekiranya KDNK berkembang pada tahap 4% setahun. Kenyataan ini bertentangan dengan kenyataan Idris. Mengapa terjadi demikian? Siapa yang benar dalam kes ini? Atau kesemuanya auta semata-mata?
Kenyataan yang bercanggah dalam sesebuah organisasi melambangkan kewujudan ketidaksekataan dalam kalangan ahli-ahli yang menganggotainya. Perkara ini tidak seharusnya berlaku. Kesemua ahli dalam sesebuah organisasi mestilah saling memahami.
Rakyat diletakkan dalam keadaan keliru apabila perkara-perkara seumpama ini berlaku. Kekerapan atau kemunculan berkali-kali perkara sebegitu akan menyebabkan keyakinan orang lain terhadap sesebuah organisasi itu terjejas.
Situasi itu akan mengundang kelahiran persepsi dalam kalangan rakyat. Persepsi tidak pernah positif jika asasnya kekeliruan. Penerimaan dan penafian yang datang sekali gus dengan sendirinya merampas keyakinan terhadap sesuatu. Kebenaran pun sukar diserlahkan dengan bersandarkan kejujuran. Pendapat umum akan menyimpulkannya sebagai satu pembohongan. Persoalannya ialah mengapa mesti berbohong?
Jika sumber maklumat yang menimbulkan masalah, mengapa terus bergantung kepada sumber yang tidak autentik? Mana perginya kewibawaan organisasi itu?
Dapatlah disimpulkan di sini bahawa keadaan kelam-kabut sedang menyelubungi kerajaan yang memerintah sekarang ini. Oleh sebab terlalu banyak masalah, usaha menyembunyikannya tidak berjaya. Itulah hakikatnya. Kewujudan fenomena tersebut menandakan mereka gagal berfungsi dengan baik.
Rakyat tidak boleh bergantung harap dan mempercayai kerajaan yang gagal berfungsi dengan baik. Kerajaan itu perlu dilenyapkan sebelum sesuatu bala mendatang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan