Pengikut

Jumaat, 26 Mac 2010

Laporan polis sudah,sekarang siasat Zahrain pulak

Satu laporan polis dibuat terhadap ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Hashim (Gambar Bawah)kerana didakwa menerima wang untuk keluar PKR.


Laporan tersebut - yang dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bayan Baru di balai polis Jalan Patani - menggesa polis menyiasat satu kenyataan baru-baru ini yang membayangkan Zahrain - ahli parlimen Bebas - telah dibayar untuk keluar PKR.

Laporan itu dibuat oleh ketua AMK Bayan Baru, Ahmad Azrial Tahir, yang ditemani ahli-ahli AMK - Syed Makael dan Marian Shafiee.

Ahmad Azrial membuat laporan itu berdasarkan kepada kenyataan ahli Parlimen BN Kalabakan, Datuk Ghafur Salleh mendakwa tawaran kepada Zahrain tentunya besar kerana dia keluar parti.

Dari malaysiakini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan