Pengikut

Rabu, 17 Februari 2010

Adik Najib Di antara 40 Orang Terkaya Di Malaysia

Ramai yang terkejut bila adik Najib, iaitu Nazir Razak tersenarai sebagai orang yang ke-40 terkaya di Malaysia dengan kekayaan sekitar AS$100 juta atau menghampiri setengah bilion dalam Ringgit Malaysia. Najib yang menjadi Perdana Menteri kurang dari setahun tanpa disangka-sangka mempunyai adik yang begitu kaya.



Nazir juga adalah Ketua Eksekutif CIMB Group iaitu sebuah syarikat kewangan yang amat bermasalah pada tahun 2008. Kita tidak lupa bahawa pada pada Oktober 2008 iaitu 2 hari sebelum ummat Islam mahu menyambut hari raya Kerajaan melalui kementerian Kewangan (Najib la Menterinya) telah sibuk mengeluarkan RM 3.5 Billion duit kerajaan yang didepositkan didalam Bank-Bank komersial di Malaysia dan telah memindahkannya ke dalam bank CIMB.

2008 Najib jadi Menteri Kewangan, 2009-2010 Najib Perdana Menteri....Selepas setahun lebih Najib menyuntik modal deposit, Nazir berjaya melaonjakkan dirinya dalam senarai 40 orang yang terkaya di Malaysia. Abang jadi Perdana Menteri, adik jadi orang yang terkaya....memang luar biasa.
Saya tak tuduh, atau mengatakan apa-apa yang negatif tentang Nazir. Itu hak dia kalau nak jadi orang kaya. Tapi dalam situasi dan kedudukan beliau pada 2008 dan hari ini, pasti ramai yang ingin tahu lebih lanjut akan sumber kekayaan itu.

Jika Mahathir dulu terkenal dengan projek mengkayakan anak-anaknya (Mokhzani kini antara billionaire negara). Pak Lah yang mencari di mana dia Al-Ghazali pula terkenal dengan kisah anak dan menantunya yang kaya raya.

Kini Najib dan adik beradiknya.....rakyat sudah mula bercerita dikedai kopi, kedai mamak, dalam LRT, dalam kereta, kat pejabat, kat taman bunga dan dimana-mana....Rakyat cerita pasal Altantuya, pasal Rosmah, pasal kapal selam tak boleh menyelam, pasal jet hilang, pasal kekayaan adiknya....pasal 1 Malaysia....eh! rupanya satu Malaysia sudah tahu....itu sahajalah ceritanya.

Oleh HermanSamsudeen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan