Pengikut

Isnin, 5 Oktober 2009

UMNO Menghina Islam.

UMNO sering mendakwa mereka berjuang untuk agama, bangsa, dan negara. Dakwaan tersebut hanyalah penghias bibir semata-mata. Pada hakikatnya, orang Melayu masih belum terbela walaupun UMNO telah memerintah negara ini lebih daripada 50 tahun.

Situasi tersebut berlaku akibat sifat tamak para pemimpinnya yang cenderung mengkayakan diri sendiri,kroni, dan suku sakat mereka.


Mereka mendakwa DAP menghina Islam. TG Nik Aziz dicela apabila enggan menghentam DAP. Nik Aziz terus dicela apabila mengucapkan "pergi jahanam UMNO" dan "penyokong UMNO tidak akan masuk syurga". Ketiga-tiga perkara itu telah dipolitikkan oleh UMNO untuk menarik sokongan orang Melayu yang semakin menjauhi mereka.


Dengan berbuat demikian, UMNO akan kelihatan memperjuangkan Islam. Namun demikian, rakyat tidak mudah menelan mentah-mentah propaganda mereka. Para pemimpin UMNO telah berkali-kali mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam. Anda boleh menyaksikannya di bawah ini:

NAJIB

Pada 20 April 1983, Najib memberitahu wartawan bahawa, "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan."

NAZRI

UMNO terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS.

RAIS YATIM

(Dalam masyarakat majmuk)tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengetepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip (agama) dan prinsip kemanusiaan.

Demikianlah kata-kata yang keluar dari mulut tiga orang pemimpin UMNO. Anda nilailah sendiri sejauh mana Islamnya mereka dan benar atau tidak kenyataan Nik Aziz bahawa UMNO menolak Islam.

UMNO bergerak atas dasar kebangsaan dan sekular. Dasar tersebut bercanggah dengan Islam. Slogan "Hidup Melayu" yang dilaungkan UMNO berkonotasi perkauman. Perjuangan berasaskan bangsa tidak diterima oleh Islam. Islam menjaga kemaslahatan semua manusia tanpa mengira mereka itu Arab mahupun ajam. Orang bukan Islam pun diberi hak dalam Islam.

Sehubungan itu, umat Islam di Malaysia tidak boleh bergantung harap kepada UMNO untuk memperjuangkan Islam. Kekuatan orang Melayu yang majoritinya beragama Islam tidak mencapai tahap yang membanggakan kerana UMNO melaksanakan agama secara berpilih-pilih. Islam pada UMNO hanya dilaksanakan berasaskan kepentingan politik, mengekalkan kuasa politik mereka, bukan untuk melaksanakan Islam yang syumul sebagaimana tuntutan syarak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan