Pengikut

Jumaat, 9 Oktober 2009

Sokongan Masyarakat India Dijangka Meningkat

Sokongan di kalangan masyarakat India dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang kepada Pakatan Rakyat tidak berubah bahkan dijangka akan menokok menjelang hari pengundian 11 Oktober, Ahad.

Perkara tersebut didedahkan oleh seorang aktivis Kelab Penyokong PAS Kaum India, ketika kunjungan Warta Bagan Pinag ke Ladang Bradwall petang semalam.

Ketika ditemui, M. Ravi, 27, berkata beliau bersyukur kerana usahanya selama tiga bulan menyeru masyarakat India di ladang tersebut akhirnya membuahkan hasil.

”Pada mulanya, ada masalah (untuk buat ’pos’), terpaksa berpindah-pindah, tolak sana tolak sini,

”mula-mula dia bagi dalam kemudia luar dan akhirnya (kita dirikan) disini,”katanya
Menurutnya, beliau yakin meningkatkan undi sokongan kepada PAS dua kali ganda berbanding apa yang diperolehi dalam pilihanraya umum yang lalu.

”Sekarang kita yakin boleh dapat 400 undi, dulu tak pernah masuk (buat pos) sekarang boleh masuk dan ’first time’ (PAS) masuk,”jelanya.

Sementara itu, dalam temubual wartawan Warta dengan beberapa petugas Klab Penyokong PAS disitu, mendapati beberapa isu yang menyebabkan sokongan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat meningkat.

Antaranya adalah kerana janji-janji kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak dipenuhi termasuk pembinaan rumah kos rendah serta gaji pekerja ladang yang rendah, sedangkan harga barang terus meningkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan