Pengikut

Selasa, 6 Oktober 2009

Muhyiddin Cakap Ikut Sedap Mulut.

Ketika seronok berkempen di Bagan Pinang kerana dapat peluang menghentam pihak lawan, Muhyiddin jadi mabuk macam orang kena todi. Orang mabuk memang bercakap ikut sedap mulut sahaja. Lalu berceritalah dia tentang negeri Kelantan yang mundur di bawah pemerintahan PAS.

Dia tidak memberikan apa-apa bukti pun untuk mengukuhkan tuduhannya.


Itulah mentaliti cabuk pemimpin nombor dua Malaysia. Menghina bangsa sendiri.

Semasa dia pergi berkempen di Manek Urai dahulu, tentu dia ronda-ronda di Pekan Kuala Krai. Dia tak nampakkah banglo milik penduduk Melayu di situ?. Bila dia pergi Kota Bharu, dia tak tengokkah berapa ramai taukeh emas Melayu di bandar itu? Dia tak tengokkah berapa ramai peniaga Melayu di pasar?

Ada berapa banglo milik Melayu di Pagoh? Ada berapa banglo milik Melayu di Pekan? Ada ke taukeh emas di Pagoh? Ada ke taukeh emas di Pekan? Semua peniaga pasar di Pagoh tu Melayu ke? Semua peniaga pasar di Pekan tu Melayu ke?

Muhyiddin kena tahu bahawa senarai di bawah menjadi indikator yang sah tentang kemiskinan tegar di Malaysia:

(1) Sabah 32,297
(2) Terengganu 8,300
(3) Perak 5,730
(4) Sarawak 5,243
(5) Kedah 4,938
(6) Kelantan 3,550

Jumlah miskin tegar di Kelantan jauh lebih rendah daripada Sabah, Terengganu, Perak, Sarawak, dan Kedah walaupun negeri itu dikatakan oleh Muhyiddin termundur di Malaysia. Jika Timbalan Perdana Menteri tidak tahu baca statistik yang budak sekolah rendah pun boleh faham ni, tak usahlah jadi Menteri Pelajaran Malaysia.

Apa Terengganu buat dengan royalti minyak yang jumlahnya berbilion tu? Buat bangunan yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh orang Terengganu. Hebat tu. Tapi apa jadi. Satu persatu runtuh sehingga Terengganu pada masa ini boleh diberi gelaran Terengganu Darul Runtuh. Banyak sangat telan duit haram hingga bina bangunan pun tak ikut spesifikasi.

Masa Isa jadi MB Negeri Sembilan merangkap ADUN Linggi, stesen bas pun tidak dapat disiapkan. Sampai la ni apa pun tak dak. Macam tu pun Isa bagus. Jalan dari Pasir Panjang ke Port Dickson tak siap-siap. Macam tu pun kerajaan BN Negeri Sembilan bagus. Bagus kepala hotak!

Ada berapa ramai taukeh emas Melayu di Bagan Pinang? Ada berapa taukeh emas Melayu di Port Dickson? Taukeh-taukeh di pasar Port Dickson yang Isa pergi beli ikan, ayam, dan sayur tu semua Melayukah? Poodaah!
Kelantan mundur konon!!! Janganlah hina orang Kelantan yang tahap berdikarinya sangat tinggi.

Pengundi-pengundi Bagan Pinang yang bermaruah dan bersemangat tinggi di kem-kem tentera, janganlah bersimpati dengan parti rasuah dan pengkhianat bangsa ini. UMNO perlu ditamatkan riwayatnya secepat yaNG mungkin untuk membolehkan orang Melayu hidup bahagia di tanah air tercinta ini.

UNDILAH PAS. PAS FOR ALL. ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN. KEKALKAN KEMENANGAN UNTUK RAKYAT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan