Pengikut

Rabu, 14 Oktober 2009

Bicara Mengenai Siasah.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sebenarnya saya bukanlah berminat sangat untuk menulis tentang siasah, lagipun amat kurang ilmu tentang siasah ni. Tapi apabila ada seseorang menhantar mail pada saya yang berbunyi " bukankah kita wajib taat kepada pemerintah selagi mana pemerintah tersebut masih seorang Islam, bersyahadah yang sama Lailahaillallah Muhammadur Rasulallah" sayang orang yang mehantar Mail tersebut telah mendelete accountnya, mungkin beliau ada membaca tulisan saya yang agak kerap mengkritik kerajaan (pemerintah), tapi bagaimana harus saya menjawap persoalan yang dilontarkannya. Seperti membaling batu sembunyi tangan lagaknya. Hehe.

Erm... Saya amat setuju dengan lontaran idea tersebut. Amat setuju. Kita wajib mentaati pemimpin selagi mereka masih seorang Muslim. Bersaksi perkara yang sama. Arghh mungkin sahabat tersebut teruja atau berpandangan saya sebaliknya, hasil dari hantaran e-mail kepada saya yang mungkin berbaur teguran dan nasihat atau mungkin sedikit menyentuh pemerintah yang ada hari ini (BN). Mungkin!!! Entahlah.

Saya cukup yakin 99% dari penduduk Malaysia masih mentaati pemimpin, akur akan pemerintah yang ada hari ini (BN). Tak kiralah apapun pahaman mereka. Ya, Saya sendiri tidak pernah sekalipun engkar akan arahan dari pemerintah kita (BN). Masih amat setia bahkan mungkin lebih setia dari kalangan pemimpin yang ada hari ini lagi. Masih orang pertama yang setia berbaris mengisi borang LHDN walau hanya berapa sen sahaja cukai yang dikenakan, masih setia membanyar cukai jalan. Masih setia membayar saman yang dikenakan walau terpaksa berhujah dengan penguasa yang seakan-akan inginkan sesuatu, agar mencarik kesetiaan ini pada pemerintah ( pahamkan ). Tidak!!!. Sesenpun tidak akan saya relakan tanpa menerima pengakuan rasmi. Tidak untuk membayar di jalan-jalan atau di bawah meja sekalipun. Tidak! Saya masih setia...

Walau bagaimana naik sekalipun cukai-cukai pintu, tanah atau apa sekalipun saya masih cukup setia berbaris melangsaikan segalanya dengan senyuman. Belum cukupkah lagi kesetiaan itu??? Mengkritik!!! salahkah untuk mengkritik memberikan teguran dan idea kepada pemerintah, sedang Saidina Umar sendiri antara pemimpin yang maha tegas, sanggup menerima teguran di khalayak ramai oleh seorang wanita apabila beliau ingin menghadkan mahar bagi seorang wanita beliau akur!!!. Terbukanya...

... dan memillih. Rasanya bukanlah satu kesalahan untuk saya memilih siapapun pemimpin di kalangan mereka yang saya suka. Kelompok A kah atau kelompok B. Saya memilih atas dasar dan nilaian yang ada pada diri saya. Mungkin apa yang saya lihat, apa yang saya nilai tidak sama dengan apa yang sahabat-sahabat lihat dan nilai??? Lagipun, bukankah bila kerajaan memberikan kita peluang untuk memilih lima tahun sekali, kita berhak dan wajib menunaikan hak kita tersebut. Bukanlah satu kesalahanpun untuk saya memilih pemimpin lain sebagai pemilihan saya kerajaan yang ada sendiri memberikan peluang itu!!! Bukan satu kesalahanpun untuk saya memilih yang lain apabila diberi peluang!!! Arghh itu bukan menentang namanya...

Kelompok kita Melayu sangat baik. Amat baik. Tidak pernahpun terniat untuk menentang kerajaan yang ada (BN). Tidak pernah kedengaran pemimpin kita mati ditembak seperti di negara-negara Telok atau Timur Tengah, pembunuhan di sana sini, letupan dan rancangan membunuh pemimpin sebagai satu tentangan tidak pernahpun didengari Syukur. Apapun yang mereka minta kita akur. Terima seadanya. Bagi saya penentangan bermaksud pembunuhan, rancangan menjatuhkan secara kekerasan terhadap sesuatu kerajaan. Kalau sekadar menegur, mengkritik dan sebagainya itu satu penentangan. Erm. entahlah...

Cuma apabila diberi peluang lima tahun sekali kita tunaikanlah, kita menjalankan ketaatan kita pada kerajaan dengan memilih. Siapa yang kita pilih itu hak kita apapun yang kita pilih pastinya dipersoalkan oleh Allah di sana nanti kerana setiap pekara yang kita lakukan di dunia ini tetap di catat oleh penulis yang paling setia Rakib dan Atid...

Fikirkan....

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi
Wallahu a'lam bishowaab
.Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan