Undang-undang Islam Dan Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) Mana Lebih Zalim?
Susulan daripada kes minum arak model sambilan Kartika Sari Dewi Sukarno yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah Kuantan baru-baru ini, maka kini heboh orang memperkatakan isu ini. Malah, banyak pandangan yang jelas sekali mengelirukan telah dikeluarkan oleh beberapa orang tokoh agama di negeri Pahang ini sendiri.
Namun, sehingga ke hari ini Saya masih belum mendengar komen daripada Exco Agama Kerajaan Negeri Pahang tentang perkara "kontroversi" ini. Kekecohan berlaku bilamana tertuduh iaitu Kartika yang sudah dijatuhkan hukuman setelah mengaku salah, malah beliau sanggup pula mahu menerima hukuman tersebut tiba-tiba dihalang oleh "tangan-tangan ghaib". Malah lebih mencemaskan, beliau sudah dijemput oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di rumahnya dekat Sungai Siput Perak untuk dibawa menjalani hukuman sebatan di Penjara Kajang.
Anehnya, kenderaan JAIP baru bergerak sejauh 200 meter tiba-tiba pihak terbabit mendapat arahan agar beliau dibebaskan. Alasan yang diberikan, hukuman itu ditangguhkan bagi menghormati kesucian bulan Ramadan Al-Mubarak. Soalnya sekarang, kenapa tiba-tiba semua ini berlaku?. Apakah puncanya yang menyebabkan hukuman yang telah diputuskan oleh mahkamah itu tiba-tiba mahu dipertikaikan oleh semua pihak?. Kenapa sejak dari awal-awal kes itu dibicarakan tiada pula pihak yang mahu cuba untuk membela Kartika?.
Malukan Malaysia, Mana Yang Lebih Zalim
Kekeliruan ini menyebabkan nama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Negeri Pahang malah agama Islam itu sendiri kini tercalar malah terhina. Maka muncullah mereka-mereka yang cuba mempertahankan tindakan terhadap Kartika ini amatlah zalim. Suara-suara daripada Ustazah UMNO seperti Sharizat Jalil (foto) mula kedengaran. Kononnya penangguhan hukuman itu bersesuaian bagi menghormati bulan Ramadan, di samping mengelak persepsi negatif dunia terhadap negara ini. Malah Sharizat juga menegaskan bahawa Apa yang kita beliau risau, corak hukuman itu boleh memberikan impak buruk kepada negara ini seperti Malaysia dianggap mengamalkan sistem yang zalim. Itulah alasan mudah yang dibuat oleh Ketua Wanita UMNO itu, tanpa berlandaskan nas-nas dan undang-undang Islam itu sendiri. Bercakap menggunakan akal fikiran yang waras.
Hukuman meminum arak dianggap memalukan kerana Malaysia mengamalkan sistem zalim. Maka, mana yang lebih zalim hukuman terhadap orang minum arak atau hukuman terhadap orang yang ditahan tanpa bicara mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)?. Apakah Sharizat faham tentang hak-hak asasi manusia di dunia ini. Minum arak itu adalah salah dalam hampir semua agama, tetapi tahan tanpa bicara itu hanya hukum agama Islam Hadhari sahaja yang menganggap ianya tidak zalim. Bagi agama lain, hukuman tersebutlah sebenarnya yang lebih zalim dan memalukan Malaysia sebenarnya? Kenapa ulamak UMNO berdiam diri dan tidak mengeluarkan komen?.
Hukum Minum Arak, Kenapa Perlu Ditakuti
Bercakap soal hukuman yang telah dijatuhkan terhadap Kartika ini sebenarnya, kenapa yang mahu diperdebatkan sangat sehingga mengundang keraguan rakyat terhadap agama Islam itu sendiri. Apakah puak-puak UMNO takut dengan hukuman tersebut lantaran kerana mereka tahu ramai dikalangan anak bini dan kroni-kroni mereka yang cukup gemar meneguk minuman keras yang jelas haram itu agaknya?. Maka itulah, mereka khuatir jika hari ini ia terkena kepada Kartika pasti suatu hari nanti akan terkena pula atas batang hidung mereka. Inilah hakikat sebenarnya yang menyebabkan puak-puak UMNO ini begitu menggelabah bagai "cacing kepanasan" melihat isu Kartika.
Walhal, jika hukuman itu dilaksanakan maka ia dapat mengajar umat Islam yang lain agar takut untuk membuat kerja yang sama seperti yang dilakukan oleh Kartika. Malah, ramai orang dapat diselamatkan akidah dan iman mereka dengan kaedah Islam ini. Namun, dek kerana dalam jiwa puak-puak UMNO ini sudah tertanam dasar sekular yang begitu sebati dalam hati nurani mereka, maka itulah mereka tidak mahu ia diteruskan. Malah jika boleh mahukan hukuman terhadap Kartika itu dibatalkan terus dan bukan sahaja ditangguhkan seperti yang berlaku sekarang. Akhirnya, ramai mereka yang melakukan perbuatan terkutuk seperti Kartika ini tidak akan takutkan undang-undang lagi. Bagi mereka kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa terhadap kes seperti ini. Maka sia-sia sahajalah undang-undang Syarie yang telah termaktub selama ini.
Ramai kecewa dengan kenyataan beberapa orang tokoh agama dan politik seperti Mahathir Mohamad, Sharizat Jalil, Prof. Shad Faruqi dan Datuk Ismail Yahya (Ketua Hakim Syarie Terengganu) dan ramai lagi yang dilihat begitu hebat mengeluarkan kenyataan dan hujjah dengan tidak berlandaskan fakta yang sebenarnya. Maka itu sila rujuk fakta ini bagi memperjelaskan tentang isu Kartika iaitu :-
"Hukuman terhadap Kartika adalah berdasarkan satu undang-undang yang sah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pahang dan adalah undang-undang yang berkuatkuasa iaitu Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. Begitu juga dengan tatacara menjalankan hukuman itu adalah undang-undang yang sah dan berkuatkuasa iaitu Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002. Tambahan pula Ini bukan masanya bagi semua pihak untuk mempersoalkan kesahihan undang-undang itu. Selagi tiada undang-undang lain yang membatalkan undang-undang itu samada melalui Akta Parlimen atau pengistiharan oleh Mahkamah Persekutuan, hujjahan mereka adalah cetek dan tidak boleh diterima" [ Dongtalk ]
Malah Kartika pula telah menyatakan persetujuan untuk menjalani hukuman yang dikenakan keatasnya. Dalam istilah undang-undangnya ini dipanggil "submit to the jurisdiction of the Court". Adakah perintah untuk memanggil Kartika berada di Penjara Kajang untuk menjalankan hukuman sebat itu satu hukuman lain seperti yang hujjahkan oleh Prof Shad Faruqi & Datuk Ismail Yahya? Seksyen 125 (3) (c) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 itu memperuntukan "Hukuman hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang Pegawai Perubatan Kerajaan di mana-mana seperti diarahkan oleh Mahkamah atau di suatu tempat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri bagi maksud itu".
Mahkamah telah menetapkan bahawa tempat menjalankan hukuman sebat itu adalah di Penjara Kajang. Kartika mesti dipanggil untuk berada di Penjara Kajang untuk menjalankan hukuman itu. Kenapa pula dikatakan itu sebagai satu lagi hukuman yang berbeza atau tambahan dari hukuman asal?. Tiada double jeopardy atau functus officio dalam hal ini. Hakim telah mengikuti apa yang termaktub didalam undang-undang yang sah. Samada undang-undang mengenai minum arak itu bertentangan dengan perjuangan Prof. Shad Faruqi, Datuk Ismail Yahya serta lain-lain maka ia tidak sepatutnya timbul. Mereka yang memperjuangkan tentang kezaliman hukuman bunuh juga ramai, tetapi hukuman bunuh tetap kita jalankan kerana hukuman itu ada dalam peruntukan undang-undang yang sah di negara kita.
Kalau mereka mahu mempersoalkan kewujudan undang-undang yang ada kuatkuasa di Negeri Pahang, mereka nampaknya telah tersilap. Forum yang sesuai bagi mereka ialah mengemukakan ke Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkan undang-undang yang ada di Negeri Pahang ini adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Rujukan: "Kami mengucapkan terima kasih atas maklumat yang diperolehi dari blog Dato' Shamsuddin Nawawi (Setiausaha Politik MB Pahang) ini. Sekurang-kurangnya pandangan beliau itu berjaya menyelamatkan sedikit maruah UMNO dan mana-mana pihak yang masih mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh mahkamah Syariah Kuantan ini sebenarnya. Tahniah PDO ucapkan!" .
p/s:Semua yang berlaku ini adalah petanda besar untuk menyedarkan rakyat bahawa mereka telah tersalah pilih kerajaan Islam Hadhari 1Malaysia yang ada hari ini. Hukuman Islam menjadi bahan ketawa seluruh dunia dan dipertikaikan. Ini kerana, hukuman dan undang-undang Hudud yang telah diperturunkan Allah untuk dijadikan panduan manusia di muka bumi ini telah diabaikan. Bayangkan hukuman Islam berbeza-beza mengikut negeri.
Padahal hukuman tersebut diambil dari kitab yang sama iaitu Al-Quran. Maka itulah akhirnya kes seperti Kartika ini berlaku, bagi menyedarkan manusia dan rakyat Malaysia supaya kembali ke jalan kebenaran dan melaksanakan perintahNya serta meninggalkan segala larangaNya.
Itulah hikmah disebalik kejadian Kartika di bulan Ramadan yang mulia ini. Hanya mereka yang diberikan akal fikiran yang waras sahaja dapat berfikir seperti ini. Bagi mereka yang tetap tidak mahu menerima kebenaran dan kembali ke jalanNya maka mereka melihat kes yang berlaku terhadap Kartika Sari Dewi itu adalah pencabulan hak-hak asasi manusia akhirnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan