Pengikut

Khamis, 20 Ogos 2009

UMNO BN Kemaruk Untuk Menang Di Permatang Pasir.


Nampaknya kini media arus perdana sengaja mencari pasal dengan memutar belitkan kenyataan YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat. Rata-rata media TV dan akhbar nampaknya sudah lupa sejarah dan gagal untuk bertindak profesional dalam menangani isu-isu sensitif seperti ini. Tuduhan mengatakan Nik Aziz keluarkan kenyataan yang berbaur hasutan jelas sekali menunjukkan yang mereka sudah begitu takut dengan suara rakyat.

Laporan utama muka hadapan Berita Harian yang bertajuk "Nik Aziz Seleweng" jelas sekali menggambarkan kerakusan puak-puak UMNO dan BN memperkudakan media arus perdana untuk tujuan jahat mereka. Bahkan, mereka langsung tidak mahu belajar dari kesilapan lampau perihal kekalahan besar BN akibat kerakusan media arus perdana menghentam pimpinan Pakatan Rakyat ketika menjelang pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Kini ia berlaku lagi, gara-gara pilihanraya kecil Permatang Pasir.

Mereka ini seolah-olah sudah tiada "otak yang waras" untuk berfikir. Walhal, mereka tahu yang rakyat sudah begitu meluat dan benci melihat sikap yang ditunjukkan media arus perdana sejak dulu, kini dan selamanya. Namun, anehnya seolah-olah puak-puak karat ini tidak mahu langsung berubah. Media masih digunakan sebagai senjata untuk membuat propaganda jahat mereka. Dalam masa yang sama mereka menggunakan berbagai akta untuk menyekat rakyat bersuara. Apakah ini amalan sebuah negara demokrasi berparlimen yang diperkatakan itu sebenarnya?.

Lantaran itulah, sebagai rakyat Malaysia yang punyai akal fikiran yang waras kita seharusnya merasa kecewa dan dukacita dengan segala apa yang dipertontonkan oleh media kepada kita. Tuduhan kononnya Tuan Guru Nik Aziz mengatakan penyokong UMNO tidak akan masuk syurga serta lain-lain tuduhan jelas sekali membuktikan betapa terdesaknya mereka untuk meraih undi rakyat di Permatang Pasir. Mereka tahu, serangan terhadap Anwar Ibrahim di sana tidak akan mengubah segalanya. Bahkan ia langsung tidak akan terkesan di hati rakyat yang sudah sebati dengan nama Anwar sejak sekian lama.

Maka, langkah terbaik ialah membuat "attacking" terhadap pemimpin PAS itu. Tambahan pula kerusi DUN Permatang Pasir ditandingin oleh calon parti tersebut. Soalnya, apakah dengan tohmahan dan tuduhan melampau itu BN bakal diterima pula oleh rakyat?. Sedangkan, sebelum ini asakan mereka terhadap Anwar lebih teruk dari itu?. Maka itu, apakah rasionalnya mereka mengarahkan media arus perdana menggasak Mursyidul Am PAS itu agaknya?. Inilah dia persoalan yang sedang bermain dibenak fikiran rakyat sebenarnya.

Pemimpin UMNO dan BN sekali lagi bakal berhadapan dengan kekalahan dalam pilihanraya kecil. Jika mereka boleh berbangga dengan pengurangan undi di Manek Urai sebelum ini, kini rasanya BN akan kembali bermuram durja. Rakyat di Permatang Pasir sudah pasti akan mengajar kedurjanaan mereka ini pada hari pengundian 25 Ogos ini

PM Mahahtir "Mudah Lupa" Mula Bersuara

Sesuatu yang lebih mengejutkan kita ialah tentang kelantangan Mahathir Mohamad , untuk bersuara dan memperli pula Tuan Guru Nik Aziz berhubung perkara ini.

Kenyataan media dipetik, yang mana mantan PM itu memperlekehkan kewibawaan Nik Aziz sambil mengatakan yang "Nik Aziz cukup hebat kerana boleh menentukan siapa masuk syurga dan siapa yang akan masuk neraka". Mahathir seolah-olah menganggap yang Nik Aziz sudah menjadi seperti tuhan, dan mana-mana umat Islam yang mahu tahu kemana destinasi mereka di akhirat kelak bolehlah berjumpa dengan Nik Aziz. Ucapan dan kata nista ini jelas sekali melambangkan keangkuhan Mahathir sebenarnya.

Beliau sepatutnya bersyukur kerana masih boleh hidup dan terus bernafas untuk membersihkan segala dosa-dosa yang terpalit ke atas dirinya sejak sekian lama. Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab merosakkan segalanya. Bahkan beliau juga pernah menghina Islam dan Rasullullah sendiri. Namun, dek kerana kuasa yang ada maka tiada siapa yang berani untuk mengambil tindakan terhadap Mahathir hatta Majlis Fatwa Kebangsaan sekali pun.

Namun, bila terkena kepada pemimpin Pakatan Rakyat dan Nik Aziz ini, tiba-tiba pula Majlis Fatwa boleh mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan Nik Aziz itu jelas sekali menyeleweng daripada Islam yang sebenarnya. Maknanya Majlis Fatwa sudah terpalit juga dengan dosa-dosa puak-puak mereka. Fatwa yang boleh dijual beli memang banyak akan kita dengar di akhir zaman ini.

Mahathir tidak layak untuk menghina apatah lagi mencerca Nik Aziz sebenarnya. Malah beliaulah yang telah menukarkan akhlak dan akidah ramai rakyat Malaysia gara-gara sistem pentadbiran dan undang-undang yang bercelaru dan rosak di zaman pemerintahannya. Kini, dek kerana diberi gelaran "penasihat kerajaan Malaysia", maka Mahathir cuba untuk mempertahankan kebobrokan kerajaam UMNO dan BN pula. Sepatutnya, di penghujung hayat ini beliau memikirkan soal beribadat kepada Allah dan mengingati mati yang bakal menjemput tiba bila-bila masa sahaja.

Tapi, dek kerana gila dan nyanyok Mahathir terus berkata-kata yang terkadang menambahkan lagi kecelaruan yang melanda. Bagi kami soal syurga dan neraka memang Allah yang akan menentukan kepada semua manusia. Namun, jika UMNO yang sudah dipimpin oleh orang Melayu dan Islam itu engkar dengan perintah Allah untuk melaksakan hukum serta undang-undang yang telah termaktub dalam kitabNya.
Ia bermakna puak-puak UMNO telah menentang hukum Allah.

Bagi sesiapa yang berbuat demikian dan menyokong manusia yang menolak hukum Allah maka dalam hadis dan ayat-ayat Al-Quran jelas mengatakan ke "Neraka"lah tempat tuju mereka diakhirat kelak. Maka itu, tiada kesalahan untuk Tuan Guru Nik Aziz berkata demikian. Beliau merujuk kepada Al-Quran dan Hadis yang sahih bukan seperti Mahathir yang bercakap hanya menggunakan akal fikiran yang sudah lama "tidak waras itu". Apakah ini salah buat mereka, sedangkan mereka juga bertuhankan Allah dan berkitabkan Al-Quran?

p/s:Bila dikaji semula apa yang dilakukan oleh media terhadap Tuan Guru Nik Aziz ini, nampak benar itulah strategi yang digunakan BN bagi memancing undi pilihanraya kecil Permatang Pasir sebenarnya.

Kenapa mereka tidak menganyang Anwar Ibrahim sehabis-habisnya, sedangkan beliau adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Permatang Pasir adalah salah satu DUN yang terdapat di situ. Bukankah ini membuktikan yang puak-puak mereka takut dan yakin, rakyat Permatang Pasir tidak akan berubah jika Anwar diasak bertalu-talu.
Maka, jalan terbaik ialah menukar sasaran kepada pemimpin PAS agar rakyat bersimpati terhadap mereka.


Tetapi mereka terlupa kerana memikirkan rakyat masih lagi "bodoh dan bangang" seperti puak-puak mereka. Lantaran itulah kita boleh katakan yang senario yang berlaku ini memberi harapan baru kepada rakyat dan pengundi di DUN Permatang Pasir untuk memilih calon PAS, Ustaz Salleh Man sebagai Wakil Rakyat baru kawasan itu nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan