Pengikut

Rabu, 12 Ogos 2009

PKR asalnya BN - Dr Asri


Ustaz Asri menegaskan bahawa PKR ramai ahlinya datang dari BN dan mentaliti dan budaya BN masih subur dalam PKR. Anwar dulu UMNO, Chua Jui Meng dulu MCA. Heh, kalau kira macam tu, para sahabat pun dulunya kafir.. Kemarahan Ustaz Asri ke atas PKR kerana bertanyakan sebab musabab mengapa Ustaz Asri tidak segera membuat kenyataan panas ke atas replika Najib kelihatan menyinggung dan mengguris hati ulamak besar ini. Di sini saya ingin mengimbas kembali kenyataan-kenyataan Ustaz Asri yang selama ini cukup mengguris hati saya dan kawan-kawan untuk dijadikan pengajaran dan sempadan:

1. ULAMAK PONDOK OTAK BEKU

Saya masih ingat betapa saban minggu dalam penulisan Ustaz Asri dalam Utusan (pada waktu mula menjadi mufti) akan memperlekah ulamak-ulamak pondok yang dikira 'otak beku' dan 'terpaksa di hantar ke sekolah pondok kerana tempat lain semua dah reject',

Saya faham bahawa kita tak boleh taksub tetapi memperlekehkan ulamak pondok sebegitu menyinggung hati saya (sekalipun saya tak sekolah pondok).

2. KRITIKAN KE ATAS PENCEGAH MAKSIAT

Saranan agar semua operasi cegah maksiat di hotel dan ditaman bunga dihentikan segera kerana mengganggu kebebasan peribadi dan dikira sebagai 'mencari-cari kesalahan' kelihatan pelik. Di waktu zaman zina berleluasa , kegiatan tak bermoral meningkat, videklip lucah melayu bersepah-sepah, saranan ini kelihatan misteri. Secara peribadi, saya tidak fikir menghalang maksiat di hotel yang dikenali sebagai kawasan zina , yang operasi dibuat menurut aduan adalah menyalahi syarak.

Saya setuju operasi perlu diperkemas tetapi cadangan agar tidak membuat serbuan cegah maksiat langsung, kelihatan lucu.

3. Ulamak PAS ulamak politik

Memang betul Ustaz Asri tidak menyertai mana-mana parti politik tetapi tak payah la memperlecehkan ulamak kami yang mengambil risiko dengan berjihad melalui politik. Sewaktu rakyat dan ulamak di kejar polis, ustaz Asri tiada pun di sini. Sewaktu 100,000 rakyat terpaksa basah dikerjakan FRU pun ustaz Asri tiada.

4. USah ghairah menghina Anwar sangat

Saya masih ingat tulisan-tulisan Ustaz Asri yang mempertikai Anwar dan menyamakan dengan Anwar Sadat yang tidak mengenang budi parti-parti Islam yang menolongnya sebelum berkuasa. Kita sewajarnya mengelak dari menimbulkan syakk

5. Soal bidaah

Soal kesungguhan Ustaz Asri memperlekeh amalan 'bidaah' seperti baca yasin malam jumaat dan baca doa ramai2 lepas solat dan qunut dan banyak lagi, itu saya malas nak komen kerana dah ramai sangat ustaz yang memberikan pandangan berbeza dalam soal ini. Soal memperlekehkan Darus Syifa' secara tak langsung satu waktu dahulu pun saya malas nak komen. kritikan ke atas 'Amalan meniup ke atas air jampi' juga turut menyinggung hati ramai orang.

Tak apalah. Apa-apa pun, semoga Ustaz Asri sentiasa tabah dalam perjuangannya sekalipun banyak yang saya tak setuju. Kata ustaz saya, yang kita tak setuju semua, jangan kita tolak semua..

Kepada PAS, PAS patut bertindak lebih jauh dari Ustaz Asri yang sekadar mengkritik. PAS patut berusaha membuat seminar-seminar dan memberikan penjelasan dan tarbiyah kepada ahli PKR khususnya yang beragama Islam. PAS boleh bekerjasama dengan ahli PKR yang ISlam untuk membuat forum dan berkongsi penjelasan terhadap isu-isu yang sering menimbulkan salah faham kepada orang ISlam dan bukan Islam. PAS juga boleh menerbitkan buku pendek atau pamplet untuk diberikan kepada ahli PKR dan DAP agar mereka jelas dengan pendirian sebenar ISlam dan betapa Islam menjaga kebajikan semua..

Kalau PAS hanya ghairah mentarbiyah ahli PAS saja, di masa hadapan pasti banyak masalah berbangkit dari PKR dan DAP "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan